Seperti biasa harini aku ada check up dengan pakar tulang – di klinik orthopedic .. tapi ini perjumpaan terakhir aku. Seronoknya… apa ceritalah tulang aku kat dalam ni. Sambil menggosok gosok lengan sendiri. Memang terasa ada sedikit lekuk jika ditekan isi dagingku ini. Tulang senget kot.. Owh lupa pula, alkisahnya aku eksiden sewaktu aku membawa motor kawan untuk kali pertamanya dalam hidup aku. Ayat sebelum ini macam membayangkan aku dah pernah bawa motor je kan? Sebenarnya itu lah pertama kali. Sebelum ni tak pernah. Paling paling dekat aku dengan motor pon aku bonceng aja motor tu dengan si Angah. Housemate kesayangan aku sejak belajar di UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif (FTMSK) dulu lah kot. Sekarang aku tak tahu dah. Dorang kan selalu tukar itu dan ini.. lagi kan visi dan misi bertukar. Ini kan hanya nama fakulti. Ke mana pon berdua. Sebelum dia pakai kereta la. Awal awal semester dulu memang dia pakai motor. Dah tengah tengah semester dia dah tukar kereta. Jadi ramai la kawan kawan makin bergayut dengan Angah, sebab senang nak minta tolong. Apa apa pun aku bernasib baik sebab sebaik mana pun angah dengan orang lain, dia tetap angkut aku ke hulu ke hilir.
Berbalik pasal tangan aku yang bertuah ni. Hari tu memang hari malang untuk aku lah. Dah lah demam, boleh pulak aku jadi bingung. Membuat keputusan yang aku sendiri selepas kemalangan musykil, kenapa aku pergi berani berani nak membawa skuter Adam Saufi. Padahal aku memang tak reti nak naik pon skuter. Kalau lah Adam tak pelawa aku naik motor dia tu, aku takdelah patah patah ni semua. Rungut hati menyalahkan Adam kerana menjadi punca aku kemalangan. Cuma abah cakap tak baik menyalahkan orang lain. Hal dah lepas dan dah terjadi. Semuanya atas kehendak Allah. Sebagai hamba, aku kenalah belajar menerima hakikat, dan melalui nya dengan penuh berlapang dada.
Namun harga daripada kemalangan ini adalah terlalu perit aku nak bayar. Dah la tangan patah. Nasib baik muka tak terjejas ye.. hihihhihi. Hilang kawan lagi tau.. satu rumah juga dengan aku dan Angah, yang paling penting, abah dah gam aku dari pegang lesen motosikal ke. Kereta ke.. dan apa jua menda yang ada enjin. takde peluang langsung dah katanya. Sebab aku pandai pandai bawa tanpa kebenarannya dan aku dah jahanamkan motor Adam. Nasib baik aku hanya sekadar patah tangan. Tapi kalau melihatkan motor Adam tu, yang hampir hancur. Aku tak gerenti orang yang naiknya selamat. Sebulan jugalah motor tu dalam workshop. Dan Sebulan tu jugalah kawan aku yang nama Zola ni merangkap awek si Adam dah tak bertegur sapa dengan aku. Aku pun malas nak ambil tahu. Hal motor abah dah setelkan dengan si Adam. Semua kos membaiki motor tu abah tanggung hampir RM6K semuanya.. Motor tersebut hampir hancur dan Adam meminta semua part original untuk skuternya. Kesian abah… sebab aku dah banyak susah kan dia.. jadi nak tak nak terpaksalah aku menjadi anak yang baik untuk abah dan ibu setelah semua pengorbanan mereka terhadap aku.
“Assalamualaikum dok.. ” Doktor Zahar tersenyum melihat aku. “Mana x ray harini? ” adeiiiii, ni bukan kali pertama aku ke sini, macamana aku boleh lupa nak ke x ray room terlebih dahulu ni. “Alamak dok.. lupa lah. Nanti saya datang balik ye. Sorry.” Doktor Zahar ni ipar kepada kenalan aku. Walaupun takdelah special layanan yang aku dapat, boleh juga lah aku bergosip dengan Kak Milah pasal doktor Zahar ni. Umur dah melarat bak kata Kak Milah. 35 tahun tapi tak jumpa jumpa calon sesuai. Cuma, rezeki mereka untuk beripar duai ni bila adik Kak Milah yang baru posting ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ni menjadi kenyataan. Terbuka hati Doktor Zahar nak berbini hahahahha.. Ye lah, kerja nya pakar tulang, sibuk memanjang. Siang kerja. Malam on call. Tak ada masa nak menilik muka manusia. Nasib baik si Azza ada duty bawah Doktor Zahar, tu yang tersangkut tu. Sibuk terkenang hal orang. Aku dah penat menunggu giliran untuk masuk ke bilik X Ray. Ni lah bahana kalau asyik mengelamun. Kalau aku awal awal ambil Xray terus tadikan senang. Ni dah tengahari masih kat sini lagi. Sah kejap lagi dah waktu lunch. Pukul 2 lah baru aku boleh jumpa balik Doktor Zahar ni.
Usai mengambil filem Xray aku yang terbaru, aku menuju ke cafĂ© untuk makan tengahari. Dulu PPUM tiada kawasan parking yang besar dan bertingkat. Tetapi sekarang pelbagai kemudahan disediakan untuk pelawat dan juga pesakit. Semestinya staf hospital juga lah kan? Tempat makan ada dua tiga dalam kawasan ni. Nak makan roti aku dah tak lalu maka terpaksalah aku ke tempat letak kereta yang agak jauh dari kawasan Klinik Pakar. Berjalan menonong menuruni bukit untuk memintas masa.. macam lah kalau aku potong masa dua tiga saat ni aku dapat ‘peluang’ baik.. sebetulnya perkara yang satu ni masih belum dapat aku buang dari sistem pemikiran.
Huh.. macamana nak makan.. dah tak lalu dah anak tekak bila terfikirkan janji aku pada abah. Cetusan satu demi satu layar di ruang mata menyebabkan aku hampir dilanggar sebuah BMW M5. Celup ke tidak aku tak tau.. tapi mendengar pada deruman enjin nya. Ye aku tau kereta ni memang power. Terus aku berlari anak menuruni anak tangga apabila M5 ni sempat menghadiahkan aku hon panjang kerana kealpaan aku tadi. Nasib baiklah jalan ni curam. Kalau tak, mau mamat yang dalam M5 ni turun sound aku. mana taknya, aku dah berjalan kat tengah jalan. But wait, I know this car.. what is he doing in PPUM? No way he’s meeting his Doktor here.. tak par la dengan status kalau jumpa Doktor sini.. Bukan aku yang kata ye.. tapi mamat berjambul dalam kereta tu memang hantu berlagak. Ni macam dah nak mula dah ni.. babak sakit hati aku bakalan nak kembali ni.. tapi nasib baik lah syukur dia tak cam aku, heiii selamat la. Kalau tak, mau disemburnya aku macam tahun lepas dalam meeting pula tu. Client Uncle Mazlan sebetulnya.
Arghhh malas lah aku nak ingat dia. Semua kau punya pasal. Sekarang aku dah takde kudrat nak menapak sebab jantung masih tak berhenti berdegup laju sedari tadi. Biar betul aku terkejutkan hon kereta mamat berjambul tu sampai macam ni sekali. Getus hati menyalahkan mamat berjambul tu padahal aku tahu memang aku yang cuai.. terpaksalah turun ke kedai runcit bawah ni sahaja untuk membeli air mineral dan pau kerana walaupun tak lalu makan, aku kena jaga perut aku yang sensitif ni. Nanti karang gastrik datang. Air mata aku mencurah bumi tak kering kering pula.
“Papa, napa hon kuat kat Aunty tu. Kesian dia..Mel pun terkejut la.” Ngomel Nur Diana Emelin. “Sorry sayang.. that will only happen if U young lady, act like that lady. U should always watch where you are going and be careful when u’re on the road. U’re a pedestrian. Vulnerable to dangers. U could be hit by anything just like that. U saw yourself what happened just now. ” Papa mula berceramah pada si kecil Emelin sambil memetik jari untuk menunjukkan sekejapan sahaja kemalangan boleh berlaku. “But .. am never worry because no one will let me walk on the road on my own. So u don’t have to worry about me ok, papa? Kenapa dia jalan sendiri sendiri?” Emelin sayang.. dengan orang suku sakat pun kamu kesian kenapa.. “Mel, tak semua orang hidup nya berteman macam mel. Papa ada. Nenek Meri ada. Aunty Mira ada..” alamak, aku macam dah salah cakap je.. “but I don’t have mummy and daddy..” sah aku memang salah cakap. Si kecil Mel dah sedih menarik muka.
Ni semua kau punya pasal la perempuan… kan Mel dah sedih, selepas memandang cemberut Mel.. Menggeleng geleng kepalanya sambil memandang cermin sisi kanan dan seterusnya cermin belakang, terkocoh kocoh gadis tadi bergerak ke tepi dan berlari lari anak menuruni anak bukit yang agak curam tu dan menghilang apabila memasuki ruang berjalan yang berbumbung yang memang disediakan untuk pejalan kaki. Dari mana dia tu tadi.. orang dah elok elok bagi ruang pejalan kaki,, dia guna jalan untuk kenderaan juga. Tau la dekat dengan hospital.. kalau jadi apa apa tadi aku jugalah yang naya. Nak mengangkat lagi. Nak bawa jumpa Doktor lagi. Entah berap banyak urusan lagi kalau dah langgar anak orang. Takkan nak lepas tangan macam tu sahaja. Walaupun bukan aku yang salah. Tanggungjawab tetap kena jaga.
Tapi… sambil mengecilkan mata dan mengerutkan muka.. aku macam pernah nampak je budak tadi tu. Kat mana ye? Berdetak detik pula jantung ni.. jangan jangan dia tak? Tapi mengapa PPUM. Buat apa dia kat sini.. Sakit? No way.. macam sihat je berlari.. tapi sakit ada banyak jenis.. macam Mel ni.. segalanya ok.. tapi bila bersendirian, murungnya datang. Aku juga lah yang jadi mangsa nak menemankan mel. Dan harini, rutin biasa untuk mel berjumpa dengan Datin Paduka Dr Siti. Seorang pakar yang menjurus dalam bidang psikologi kanak kanak. Mel sihat pada luaran sahaja tapi pemikirannya masih dibebani pelbagai persoalan yang kadang kadang aku sendiri tak dapat menjawab. Dan sebagai orang yang sekarang ini paling rapat dengan mel. Maka terpaksalah aku melakukan ini semua bersama Mel. Luahan rasa seorang lelaki.
“Nampaknya mid shaft humerus u dah ok ye. Dah bercantum dengan baik. So macam yang kita expect pada pertemuan lepas. Ini pertemuan terakhir kita lah ye, safi. Jangan lupa makan makanan berkhasiat untuk make sure tulang U kuat.” Amanat terakhir dari Doktor Zahar. “Insyaallah Doktor, I will remember that. Nanti nanti kita jumpa lagi lah ye. Kak Milah dah bagitau Safi.. ” aku dah tersengih sengih. “ehhh.. Kak Milah nak bagitahu Safi apa? Korang ni tak habis habis nak bergosip ye.. dahh, nanti kita jumpa kat luar ok. Ada 3 lagi patient I nak kena attend. ” pantas Doktor Zahar memintas ayat aku untuk mengenakan dia.. “hihihihi Safi tau lah nanti u mesti akan jemput kitorang pergi kenduri u satu family.. ok lah. Safi keluar dulu ye. Kirim salam pada kak Azza ye. TQ doc.” Mula mula kelat saja muka Doktor Zahar tapi sesaat jua berubah muka itu tersengih sengih. “ Haahahhahahah, I ingatkan apalah tadi.. insyaallah. ” kenduri kesyukuran u, orang dah nak jadi bapa la katakan.
Dan nampak gayanya memang inilah kali terakhir pertemuan professional antara aku dan Doktor Zahar. Seronotnya hati.. tak terkata. Tak payah lagi aku nak menunggu bas kat tepi federal highway ni lagi. Dengan penuh asap dan segala bau yang tak menyenangkan halwa hidung langsung.
Menyusur lorong pusat perkhidmatan pakar untuk pulang, menemukan aku dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang lain. Ada yang sakit. Ada yang menunggu orang orang tersayang mendapatkan nasihat dan konsultasi serta diagnosa penyakit masing masing. Aku sendiri tidak pernah menyangka akan menghadapi kemalangan secara tiba tiba walaupun aku yakin, peratusan luangan waktu aku di atas jalan raya adalah yang paling minimum. Aku tidak pernah memandu kenderaan. Apatah lagi untuk memecut membabi buta di atas jalan raya. Tapi, lihat saja kerana satu pertimbangan akal yang tidak wajar, aku terbabit dalam kemalangan yang memang semua orang akan menyatakan ianya boleh dielakkan.
Waktu susah yang datang kita takkan pernah dapat duga walaupun untuk sesaat. Sebab tu banyak ayat Allah yang menyatakan betapa pentingnya waktu. Janji janji Allah yang menjuruskan tentang waktu. Sumpah sumpah Allah dengan menggunakan waktu. Bercakap tentang waktu.. masa yang tinggal untuk aku mengejar ‘peluang’ adalah semakin menghimpit. Mengelamun lagilah aku kalau macam ni.. tiba tiba langkah kaki secara otomatik terhenti. Dan seraya itu juga aku memandang kosong ke depan, tanpa mempedulikan sesiapa aku menyelit duduk di kerusi. Antara selesa atau tidak, kerana sudah terdapat 3 orang lelaki terlebih dahulu duduk di kerusi panjang itu. Sambil memandang aku, masing masing kehairanan kerana aku ternyata begitu ralit dengan dunia sendiri. “Agaknya baru mendapat berita buruk dari bilik Doktor sampai tak boleh nak fikir.” Antara kedengaran dengan tidak sahaja kata kata orang di kiri aku ni. Kepada siapa ayat itu ditujukan, hati aku sedikitpun tidak teruja untuk mengetahuinya.
Sehabis daya otak ini mengerah aku mencari kekuatan untuk berfikir bagaimana aku akan menyelesaikan masalah ini. “Aunty suka mengelamun macam mummy.” Pantas jari jemari tangan kecil itu menyentuh lutut aku. Mummy mana pula ni.. aku ni kahwin pun belum. Bundar mata aku setelah minda kembali ke realiti. Comelnyaaaaa budak kecik ni.. apasal anak saudara aku takde pun yang secomel ini. Mata bulat. Rambut ikal. Putih mulus. Ehhh mana pulak anak sedara.. si Dani bukannya berbini lagi. Mana nak datang anak sedaranya, Melalut lagi aku nampaknya.. sepupu sepapat sendiri pun bole tersasul jadi anak saudara. Spontan, aku menepuk dahi.
Eh mana pula budak kecil tadi ni.. atau aku memang betul bermimpi? Sedari saat itu jua baru aku tersedar aku duduk di antara lelaki lelaki yang aku kira muka mereka pun sekusut aku.. terus aku bangun dan meminta maaf meninggalkan tempat duduk yang tak ingin aku duduki lagi di masa akan datang. Harap nya aku takkan ke sini lagi. Hati menyampaikan harapan. Waktu untuk melarikan diri dari kelakuan yang aku kira agak tidak sopan, duduk di kalangan bukan muhrim. Macamanalah boleh tak perasan.. Memijar berbahang muka ini malu pun ada. Bingung pun ada, Nampak gayanya makin menjadi jadi bingung aku sekarang ini.. wahai peluang. Cepat cepatlah engkau muncul. Ya Allah, berilah aku ilham. Walaupun sedetik cuma. Semoga sedetik itu membolehkan aku mengejar kamu. Peluang.
“Aunty dah nak balik ke?” ishhhh ada lagi suara budak tadi.. “Aunty tak apa apa? Takut Mel tgk aunty tadi. Napa aunty jalan tengah jalan. Papa pun marah. ” memandang ke depan, seraya itu aku mengangkat muka. Laaaa, dorang ni ke yang nak terlanggar aku tadi? Aduh bertambah parah la malu aku ni. Budak kecil pula yang tegur. Ehhh dah besar pula budak ni dah lagi tinggi dari aku. Kaget. Memang lah tinggi wardah oiii.. ko tak nampak ke bapak dia tengah dukung dia tu? Sindir Nampak.. hati ke hati aku berdialog. Tak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan budak comel ni. “Aaa aunty ok je.. takde apa apa. ” sekilas juga aku cuba mengecam bapak budak comel ni.. Mencari kesamaan dengan mamat berjambul tu. Mel ye nama nya.. comel.. nama comel. Muka cute. Mmmm, bapak nya macamana rupa. Mak nya macamana lah rupa paras orang nya. Sibuk minda ini mencerna segala kemungkinan tentang bagaimana muka budak comel nama Mel ni boleh jadi comel.. hihihihihih senyum aku sendirian. Anak aku esok tak tahu lah macamana kalau dah aku macam ni.. hahahhahahah.. sempat lagi aku menyukat rupa paras sendiri.. aku.. katagori biasa biasa sahaja. Memang tiada cacat cela. Physically healthy bak kata orang. Cuma mentally stressfull je buat masa ini. Sebab tu sekejap aku macam normal. Sekejap macam orang tak betul.. aku terpaksa menerima kenyataan ini untuk seketika selagi aku belum bertemu ‘peluang’ sendiri. Peluang yang abah sediakan untuk aku, aku belum sanggup lagi nak menyahut. Biar lah dulu, sebab tu aku seram kebingungan bila terfikirkan hal yang ini…
“see papa, aunty is into her mind again.. isn’t she cute.. just like mummy. ” Mel comel ni sudah gelak gelak kecil.. alahai comel.. comel comel. Asyik sebut comel je nanti aku ni. “Indeed she is.. ” jawapan spontan seorang bapak untuk anak nya atau dia memperli aku yang banyak mengelamun? Tertanya tanya dalam hati ini.. Bapak mel ni boleh bercakap rupanya. Suaranya… jantung ku mula berdenyut laju. Kenapa baru sekarang nak buka mulut. Pada Mel masih mendukung Mel dan berjalan ke depan. Muka Mel di bahu papanya dan tangan kecil Mel yang agak montel ini memeluk leher papanya.
Waktu untuk berpisah dengan Mel comel ni.. dah sampai ke pintu besar dah.. Hanya perlu melintas jalan kecil dan menyusur ke turun ke tangga.. dan aku takkan dapat bertemu Mel lagi.. Memang ini biasa berlaku. Pertemuan di hospital menemukan kita dengan ramai orang, sambil berbual menghabiskan waktu menunggu yang lama mengisi ruang waktu sebelum mendapatkan rawatan. Dan hari ini adalah pertemuan yang paling bermakna dan ada rasa kecewa di situ. Bila lagi lah aku akan dapat berjumpa Mel lagi. Takkan nk minta nombor telefon mel untuk keep in touch dari papa dia yang aku tak tau pasal apa macam sombong je. Pandang aku ni sekali pun tak pernah.. sebijik perangai macam mamat berjambul. Tapi tak tau pula aku dia ada anak. Baru setahun je aku tak jumpa dia. Takkan anaknya dah besar macam Mel. Mungkin aku yang terlampau mengelamun, argghhh kereta mana mana pon boleh jadi sama kalau pada pandangan mata aku. Nak tengok muka dia pon aku tak ada kesempatan kerana Mel asyik bercakap dengan aku dari dukungan papa dia aja.. tapi kalau diamati kembali.. cara dia ni berjalan dan segalanya tentang susuk tubuhnya mengingatkan aku pada….. ahhhh sudah banyak kali aku teringatkan mamat poyo tu hari ni.. apa lah malangnya aku hari ni..
“Mel. Aunty got to go first ok.. maybe we can see each other again in the future.. ” aku sudah berbahasa untuk meninggalkan dua beranak dan beransur pulang. Banyak kerja aku dah tinggalkan pada hari ini. Miss soru beb kata orang kalau tinggal kerja lama lama.. redha je lah kalau dah Allah kata pertemuan aku dengan Mel hanya setakat hari ini..aku menghulurkan tangan untuk menyalami Mel.. dan Mel menyambut tangan ini.. bersungguh dia menegakkan badannya untuk menyalami aku. “Wait aunty, what is your name? u can come with us, papa tak suka orang jalan alone kan papa.. bahaya.. please… ” Isk pandai pandai pula budak Mel ni.. Mel sudah memandang papa nya. ‘Itssss ok ..’ baru aku nak menyapa usul Mel tadi.. Orang yang Mel panggil papa memusingkan badannya dan berkata “ok sweet, jom hantar aunty Safi balik ye.. anything for you”. Papa Mel mencuit lembut hidung Mel.
Aduhhhhhhhhhh berdebar debar.. lutut rasa lemah. Tekak rasa kelat. Darah di muka rasa sudah turun ke kaki.. memenuhi ruang kasut dan berdenyut2 segala ruang inci tubuh ini.. Arghhhhhhhhhhhhh memang betul sangkaan aku sedari tadi.. memang mamat poyo ni.. Haziq Haikal.
Dia meletakkan Mel ke lantai hospital dan memegang tangan anak comel itu.. Seakan berbisik, dia mendekatkan badannya ke arah aku dan bermulalah kembali episod yang paling aku tak suka bila diarah oleh Haziq Haikal, kelemahan aku sendiri iaitu aku akan mengiyakan sahaja tanpa berbalas apa apa.. padahal aku rasa aku ni cukup petah.. entah mengapa dengan Haziq aku kelu.. “I know u don’t like me.. but u tolong jangan macam macam depan Mel. I tak nak dia sedih. ” see… memang as I thought.. he will make me listen and obey him tanpa kerelaan hati.. dah la suka suka dia je nak rapat rapat dekat dekat.. dan bau itu.. bukannya aku tak boleh dengar dia cakap walaupun slow.. pandang ajalah muka aku ni, macam ni..lepas tu cakap je lah. Kan ramai orang bole baca lip sync. Sambil mata menyorot pandangan Haziq.. bertembung penglihatan kami.. Dap.. seakan akan disentap degup yang mengiringi pandangan ini. Kaget seketika, ketat terasa dada. Lantas serta merta aku menurunkan pandangan mata ini… eiiii aku korek juga la bijik mata mamat poyo ni.. dijeling orang macam nak terkam. “What?? Jalan lah.. U tunggu apa lagi? ”
Di saat ini, nak aja aku menyumpah.. tapi, oleh kerana aku ni perempuan dan aku adalah anak Haji Kahar yang dibesarkan dengan penuh tatasusila. Ini ayat abah ye.. bukan aku nak puji diri sendiri.. so aku hanya boleh menyumpah di dalam hati sahaja.. mmm, apa lah nasib bertemu dengan mamat sombong poyo tak malu terhegeh hegeh ni. Betul betul menyusahkan aku.. Erkkk.. itu je ke sumpahan aku? macam ayat bengang biasa biasa je..
Mel sudah beralih dan berpimpin tangan dengan aku pula.. “Lucky aunty ada Mel harini.. kalau tak aunty rasa aunty tak boleh nak duduk sini lama lama tau Mel. Ada gangguan, tak selesa. ” saja aku menekan perkataan gangguan dengan harapan Haziq mendengar ayat aku itu. Tapi dia bukan ada hati jantung nak kisah hal orang. Ni suka suka dia suruh aku ikut dia. Macamlah aku ni tak payah balik sambung kerja aku kat rumah? Kalau bos aku marah macamana? Monteng kerja ni tau tak?? Heiiii marah benar hati aku ni.. merah padam muka aku.. dah lah panas cuaca ni..
Sekarang giliran aku pula mendukung Mel kerana berapa laju sangat lah kaki Mel nak mengejar papa dia ni.. laju betul jalan. Macam lah kereta dia tu tak boleh tunggu. Firm dia tak boleh tunggu. Kata bos besar. Aku hanya membontot sahaja dari belakang. Malas nak tersua sua muka aku ni depan Haziq. Naik hantu dia nanti.. tak pun aku yang berbulu. Lebih baik aku jauh jauh. “Isk U ni, cepat lah. I banyak kerja lagi nak buat. Nak kena hantar Mel lagi. ” bersuara juga dia. “Hantar mel ke mana?” aku bertanya sekadar untuk menunjuk hormat. Memanglah dia aku tak suka. Tapi dia pernah menjadi seseorang di level bos besar aku. Berbahasa lah kata orang kan? Tapi jawapan Haziq sangat menyakitkan hati seperti kebiasaannya. “None of your business.” Arghhhhhhhhhh jerit hati. Menyesalnya aku bertanya..
“Nanti Mel nak ke rumah nenek.. papa tak boleh teman kan Mel selalu. Papa sibuk. ” Nasib baik ada Mel comel menguraikan kekusutan aku ni. “Oooo, rumah nenek mel kat mana? Mesti bestkan dengan nenek ” hidung mel kucuit lembut. “Memang best, rumah nenek Meri kat sini sini je. Nenek suka bercerita. Dia selalu bacakan Mel buku macam Mummy sebelum Mel tidur.” Mummy lagi. Mana mummy Mel? Tapi tersekat di kerongkong untuk bertanya lebih lebih. Tak sopan pun soalan tu untuk aku bertanya. “Umur Mel berapa, sayang?” lembut hati pula aku dengan Mel ni. Kenapa bila berhadapan dengan keindahan kita mudah terpana?
“Mel 8 tahun. Darjah 2, Harini Mel cuti. Papa selalu bawa Mel jumpa Aunty Siti. Dia baik. ” terang Mel lagi. Habis lah rahsia si Haziq ni keluar sat lagi. Macam macam si Mel ni cerita. Dah bercerai ke apa mamat ni? Ada makwe baru pula.. Hebat gila. Sebal terasa di dada. Aku pula yang sibuk nak terasa dia nak ada makwe baru ni kenapa? Berapi berasap.
Tanpa disedari masa berlalu. Akhirnya sampai jua ke kereta Haziq Haiqal. Dibukanya pintu kereta bahagian belakang. Diangkatkan tangannya seakan akan untuk mengambil Mel dari pangkuan aku. Menarik nafas dalam dalam, sambil menyerahkan Mel, aku berhati hati memastikan kami tidak bersentuhan. Huluran bersambut. Mel sudah Haziq Haiqal letakkan di dalam di dalam M5 nya. Wow.. this is new.. tak tahu pula aku dia ni concern. Memang dari gerak gayanya dia sayangkan Mel. Tapi kena sanggup menduakan Mummy Mel? Eiii mamat poyo ni.. dan angin aku datang lagi. Tersilap jeling pula aku kat dia. “U jeling jeling I ni kenapa? Apa lagi, tutup lah pintu tu. Tak ingin I jadi driver U. Duduk sana.” Sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah seat depan. Aku diam sahaja. Berundur dan baru aku nak menutup pintu kereta tersebut. Mel sudah merengek.. “Papa, bagilah aunty duduk belakang sama dengan Mel. Dengan aunty Safi seronok.” Sudah, bulat sudah mata si Haziq Haiqal ni.. mungkin tak mahu melukakan hati pengarang jantung kecil kesayangan nye itu. Dia menganguk sahaja dan memandang tepat ke arah wajah aku. Kali ni, lebih lama dari sebelumnya. Menerusi pembacaan dan pengamatan aku, bahasa badan dia kali ini lebih kepada tidak puashati dan tak selasa lah kalau nak main lawan lawan mata pula. Dah puas pakai gamaknya mata tu. Korek karang baru tahu. Tau lah tak puashati aku kena duduk belakang. Hahahahah ketawa aku dalam hati.
Pemanduan bermula. Mel sudah tidak senang duduk dengan ikatan seat belt nya. Pada papa nya diutarakan kemahuannya. “Papa Ziq, can I sit with aunty Safi? Please papa.” Haziq Haiqal melepaskan keluhan. “Kan bahaya.. ” “Ala paaa, aunty Safi ada. ” pintas Mel sebelum sempat Haziq Haiqal mengemukan hujahnya. “Yelah yelah, but be careful..” Aku secara sepontan melonggarkan seat belt tersebut dan mengangkat Mel ke riba. Mel memandang aku dan berbisik. “Macamana papa boleh kenal aunty? Tadi Mel tanya nama aunty, tapi papa yang jawabkan.” Susah aku hendak jawab soalan yang satu ini.. “Owh, dulu papa Mel pernah jadi bos aunty. Sebab tu dia kenal aunty. ” Kelentong lah sikit. Nanti banyak tanya pula Mel. “OOwww…” Eh, itu aja jawapan Mel, kalau tadi mahu panjang soalnya.. Patutlah, aku melihat Mel menguap. Mel, kamu jangan tidur Mel. Nanti papa kamu ni sembur aunty sayang. Please. Hati ini berkata. Tapi.. tak sampai hati aku nak menyuruh budak sekecil Mel menahan mata.
Dari tadi lagi suasana dalam kereta itu sunyi. Aku hanya memandang keluar dan ke dalam. Kejap pandang muka Mel. Mengelus rambut dan pipi Mel. Sekejap ke pemandangan kiri kanan di tepi jalan. Pembangunan ada di mana mana sahaja di Selangor. Terutama di kawasan bandar bandar utama. Kami sedang melalui kawasan Petaling Jaya. Taman Jaya lebih tepat. “Mel dah tidur?” tegur si Haziq Haiqal dengan suara garaunya. Namun sudah cukup untuk mendebarkan rasa. What? Rasa? “Am I feeling something? “ hati.. jangan kamu berdebar bebas begini. Rayu ku pada hati sendiri. Rasa ini kerana takut atau tidak suka? Menyampah kerana dipaksa rela? Aku mengikut tadi kerana Mel. Mel sekarang sudah tidur. Makanya pertahanan aku untuk berlagak biasa sudah tidak ada. Huh.. dengus ku lemah.
Kereta Haziq membelok ke kiri dan kami sampai ke sebuah banglo berwarna putih dan diserikan dengan warna kelabu pekat pada setiap belibis tepi. Sangat cantik. Semua suasana hari ini sudah betul. Cukup indah. Kesihatan sudah baik. Berjumpa dengan Mel.. yang nama penuh nya aku belum ketahui. Entah dapat berjumpa lagi atau tidak. Berpeluang memasuki ruang kediaman yang cantik. Tapi di situ ada mamat poyo? Owh tidak.. Dia sekarang betul betul sudah berada di depan aku sekarang. Sambil menundukkan badan dan tangan nya dihulur meminta sesuatu. “Apa? ” aku bertanya selamba. Namun di hati Allah saja yang tahu bagai nak tergugur di saat melihat Haziq Haiqal terpempan di depan mata. Bila masa kereta dihentikan pun aku tidak sedar. “U ni memang tak pernah berubah ye, asyik mengelamun je. Dari mula I kenal U, sampai sekarang ni dah almost a year we haven’t met. U still macam ni. Mengelamun. Bagi Mel tu kat I. I nak hantar kat my mum. ” Tangan ini serentak menghulurkan Mel dipangkuan ke arah Haziq Haiqal. Alamak, kenapa tiba tiba rasa berat pula Mel ni. Tangan aku dah kebas bersemut rupanya memangku Mel dari tadi.. Argh cepatlah ambil Mel ni mamat sengal oiii.. Harus terlepas Mel dari tangan aku kalau tidak cepat papa nya mengambil Mel. Senget sudah huluran tanganku tadi. Debaran beransur hilang bila kelibat Mel dan papanya masuk ke dalam rumah. Menunggu lah aku di tepi kereta sambil mata melilau mengamati keindahan laman kediaman ini. Besar gila rumahnya. Berapa bilik lah agaknya. Kalau luar macam ni.. kat dalam macamana? Gumam di hati.
Hairan dengan diri sendiri macamana aku boleh ke sini. Dengan Haziq Haiqal pula tu. Mamat terpoyo selepas Akmal. “Bertuah budak sorang ni.. dibiarkan tetamu duduk sorang sorang kat luar ni. Meh masuk.” Pasal lah harini asyik jumpa orang yang cantik lawa lawa saja ni…semuanya macam dalam TV aja. Gumam aku sendirian. Dengan selamba wanita yang aku agak berumur 50-an ini menepuk bahuku dan menarik aku ke dalam. Vouge the vass lagi tau. Kalah dressing aku ni. “Kawan Haziq ye? ” tanya wanita tadi. Simpang malaikat 44 aku nak jadi kawan dia.. melembutkan muka dan bahasa. “Tak, saya ni pernah praktikal kat firm consultant yang pernah En Haziq berurusan. Tiba tiba terjumpa kat hospital tadi. Mel pula sibuk nak suruh saya mengikut. Sorry kalau susah susahkan semua. Saya tak bermaksud macam tu. ” aku sudah berbasa basi. Nak ku gelarkan wanita ini aunty @ makcik. Gayanya anggun macam tak kena. Ke nak kena panggil datin. “Mel ajak? eh sapa nama ye?” wanita anggun ini berubah wajah agak keliru dengan pernyataan aku tadi. “Saya Safiah Wardah… ”