“Malam…. saat bintang
tak kunjung datang. “
11.45 p.m. Aku mendongak ke langit malam selepas termenung
mengenang kampung halaman. Rindukan
abah, rindukan ibu. Rindukan dani. Rindukan Tipah,.. erkkkk tipah??? Terdengar
bunyi kaset rosak di dalam kepala tiba22.. apa pulak la aku teringatkan tipah.
Kucing pon aku nak rindu? Haiiii lama benar la maknanya kali ni aku merajuk dan
boikot balik kampong.
Bukan ibu tak pernah memujuk. Bukan dani tak pernah merayu.
Mmmm.. tipah je la yg tak penah cakap apa2. Paling2 pon dia memandang kosong je
muka aku ni. Takpe la ibu. Safiyya Wardah tau. Ibu tak pernah marahkan wardah..
hanya ayah sahaja yg seakan akan tak mau mengerti hati dan perasaan wardah.
Tapi masih wardah tak faham kenapa bu… maafkan wardah. Meruntun rasa hati
menyorot memori perbahalan antara aku dan abah.
“kamu ni kenapa wardah? Dah tak siuman? Kenapa kamu buat ibu
dan abah macam ni? Haji Daus tu ikhlas nk tolong kita. Nak tolong wardah. Malu kami kamu begini wardah” marah abah kali
ini tak memungkin aku bersuara lagi. “tapi bah, wardah dah bagitau ibu dan abah.
Wardah tak bole paksa hati wardah menerima megat. Dia bukan orang yang wardah
suka. Apatah lagi cinta. ” aku memang mencari nahas kerana cuba menyangkal dan
berakal dengan abah dalam kepayahan. Kenapalah masalah macam ni sering datang
melekat pada aku. Bukan kali pertama aku menolak lamaran rakan rakan rapat ayah
sejak aku habis belajar. Tahun ni sahaja dah masuk 3 pinangan aku tolak. Atas
alas an yang aku sendiri tak tahu mengapa.
“ayah akan bagi kamu satu je lagi peluang wardah, kamu tu
bekerja kat kl sana. Kami ni tak dapat nak jenguk dan jaga kamu. Sekurang
kurangnye jika kamu bersuami, abah dengan ibu rasa selesa dari kejauhan ni.
Kenapa lah kamu ni degil bebenar? ” erk, salah tu yah, aku bukan keje kat kl.
Aku duk shah alam. Bandaraya mega yang makin
byk kereta. Makin ramai manusia.dulu shah alam elit n tersendiri. Sekarang ni
aku tak Nampak sangat apa beza nya shah alam dan bandaraya yang lain.
hehehehhe.. dalam hati je la pon aku berani bersuara.. waktu abah marah, baik
aku jgn berani2 nak menyampuk. Tak naik pasu bunga kat muka aku ni da cukup
baik.. abah bukan kejam. Tp abah sangat sukar melepas kan aku seorang diri
berjauhan dari keluarga. Dulu sewaktu dani sama belajar dengan aku. Takde lah
abah meroyan macam ni. Kata abah, lagi senang jaga lembu dari jaga aku sorang.
Haish.. ada ke lembu. Mmg la lembu senang nak jaga. Dia bukan pakai baju, makan
kek. Bole pegi skolah semua..
Tapi permintaan abah yang satu ni aku tak berdaya lagi nak
kotakan.. mana aku nak bersuami dalam masa terdekat semata mata sebab aku
berjauhan dari keluarga. Huarggghhh.. hari hari aku memikirkan hal ni. Bole
semak kepala aku macam ni.
Apa yang aku tahu.. bila Haji kahar a.k.a abah aku yang garang ni sudah set dalam
kepala dia apa dan kenapa aku kena kahwin, bermakna aku memang kena kahwin. 1
lagi peluang? Haiiii manalah aku nak cari peluang? 1 pulak tu. Tergaru2 lagi
kepala aku.. nak kata rambut penuh kutu tu memang tak ada lah. Tapi gamaknye
bole botak la rambut aku lepas ni sb terlebih garu kat satu side je pulak tu.
Kalau la peluang tu senang nak datang mcm bila aku petik jari je 10 yang datang
macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. senang idup aku. Korang beratur je
elok elok. Nanti aku tunggu pilih je. Tapi, macam tu ke nak pilih peluang tu?
Aduh.. buntu aku. Ibu aku, Hajah Zainab aku berani cop seal semua la, takkan
cakap apa apa pasal ni. Sebab abah dah buat keputusan. Bulat kata abah. Bulat
maajun la suara ibu. Walaupun aku gerenti lagi ibu takkan keluarkan suara. Dia
ikut aja.. paling paling jawapan ibu nanti “ibu dah cakap. Ibu tak mahu masuk
campur. Kamu tu dari dulu kalau cakap je pasal kahwin. Memang kamu nak ngelat.
Kali ni kamu jawab la sendiri dengan abah. Ibu suka kamu kahwin. Takde lah ibu
risau pasal kamu.” Panjang sungguh dialog rekaan aku yang akan ibu akan kuarkan
dari mulutnya. Menangis tak berlagu aku macam ni..
Dani adik aku yang bongsu boleh sengih je lah. Memang
menyokong aku ni berteman. Sebab dia da serik menjaga aku sepanjang umur nye
sehingga di kala ini. Sejak dari kecil dani abah pertanggungjawabkan menjaga
aku. sikit sikit dani teman. Sikit2 dani bawa. Sikit sikit dani tolong. “Akak
faham dik. Kamu penat tapi please la tolong faham akak untuk kali ni saja. Kamu
tolong la akak pujuk abah jangan panjang
panjangkan lagi hal nikah kahwin ni. Da 23 tahun kamu tolong akak.. apa
salahnye kamu tambah sikit je lagi masa untuk terus tolong akak. Tolong dani..
pleaseeee… takkan la sebab akak duk kat Bandar akak kena kawin dani oiiii… ikut
logic la kamu kot ye pon “.
“tapi kak, bukan dani tak nak tolong akak kali ni. Dani sayang kakak. Tapi, dani tengok abang Megat tu macam sesuaiiiiii sangat dengan akak.” Sengaja ditekankan perkataan sesuai tu untuk menambah luka pilu hati aku ni.. “ Lagipun kak… kalau la akak kawin cpt.. selamat la dani. Hihihihi selamat dari abah ngan mama. Tenang idup dani kak. Dapat la dani focus pada hal dani plak. Ni nak ada makwe pon, lari tau. Bukan akak tak tau dan tak penah tgk Arisya tu. Da tinggalkan dani sebab merajuk dani asik lebihkan akak. Da la kak.. dani sungguh sungguh kali ni. Dani mintak sangat pengertian dari akak.. bagi la dani can nak jadi mat bunga. hehheheheh” sengih dani macam kerang busuk.

Dan bila mana semua orang aku dah pujuk. Seorang pon takde
yang memberikan jawapan positif untuk aku menidakkan permintaan abah. Mengapa
la Haji Kahar ni susah susah nk aku kahwin awal. Da macam kapal karam idup aku
dua tiga menjak ni. Ngomel dan jeritan kecil di hati. Ada dua solusi aku tengok
kat masalah ni. Aku kena kahwin sebab aku duduk kat Bandar. Kalau aku duk umah
for sure abah ok. Hehhehehe.. bagus juga balik umah ni. Makan sure tanggung.
Hahahahhaha ketawa dalam hati je lah bole. Tau dek abah aku kenapa aku duduk di
shah alam ni.. masak la aku kena cincang jadi gulai kawah. Kerja aku ni pon aku
tak bagi tau abah lagi.. dulu dulu aku dengan dani dah berpakat nak merahsiakan
hal kerjaya aku yang satu ni.. abah memang dah menegah dari awal lagi. Nasib
badan… sampai bila aku nak kena rahsia rahsia bagai ni… tolong la huraikan
kekusutan ini Ya Allah.. amin. Doa aku setiap masa dan ketika di kala hati
rawan atau tak. Sebab aku da banyak kali penuhkan otak abah dan ibu dengan hal
yang aku rasa memang takde langsung kebenarannya. Kalau la suatu hari mereka
dapat tahu… haiiiiiiiiiiii la tak dapat la aku nak bayangkan lahar marah abah
tu.. semoga aku bole bawa bertabah dalam hal ni.
tu solusi pertama la. Tapi sebab aku da sayangkan kerjaya aku ni.. tak mungkin aku nak ulang alik dari simpang 5, sabak bernam ni ke shah alam setiap hari. Eiiii tak larat aih.. walaupun dah ada LATAR. Bole pecut laju. Jalan tak ramai orang. Tapi aku tak berani la nak amik langkah mudah macam tu. Aku bukan reti bawak kereta pon. Hahahhahaha, sakit betul la jiwa aku ni. Kusut kusut. Jadi aku nak kena kahwin juga lah ni? Tapi dengan siapa? Kawan lelaki pon tak ada. Adeh.. sapa la suh pandai pandai tak bercinta waktu belajar dulu. Kata orang, waktu belajar la waktu paling senang kita nak jumpa pasangan hati sebab ramai orang dan banyak nya peluang boleh timbul. Arghhhhhhhhhhhhh aku da banyak sia siakan peluang la ni. Semua pasal aku ni terlalu memilih ke? Tapi.. errrrr bukan ke waktu belajar kita kena belajar je? Jengkel sungguh hati ni. Nak marah diri sendiri tentu tentu lah tak boleh. Hati aku juga yang salah sebab tak nak berkenan dengan mana mana ‘peluang’ yang datang.

Sudah 3 peluang lah ni yang datang. Mmmmmm.. aku ni kenapa
asik tolak pinangan je ni? Ke tak lurus? Erk.. takkan aku sukakan kaum sendiri.
Aaaa takde takde. Tak penah aku buat kerja macam tu. Yang aku tahu memanglah
ramai kakak kakak dan adik adik masa kat U dulu terbekenan kan aku. tak kira la
nak jadikan adik angkat. Kakak angkat. Heeeeee, dalam tak nak jadi sapa sapa tu.
Sempat juga la aku terima 2 gelaran. 1 dari adik. 1 dari kakak. Hehehhehehe..
seronok dimanjakan orang. Sebab aku ni bukannya ada kakak atau pun adik
perempuan. Si Dani bertuah tu je lah satu satu nya adik aku. LELAKI pula tu. Apa sangat lah yang
aku bole kongsi dengan Dani.. lagipun sejak kecil dia dah jadi macam tulang
belakang aku yang lagi satu. Abah memang takkan benarkan aku ke mana mana tanpa
Dani.
Pinangan pertama yang aku tolak dari kenalan abah ialah anak
Uncle Mazlan merangkap bos lama aku. Kebetulan aku bekerja untuk company uncle
mazlan ni selama 6 bulan untuk latihan industry. Boleh pula si Akmal bin Mazlan
ni sibuk duk suruh aku ikut dia balik kampung dengan alasan nak bawa aku jumpa
nenek kesayangan dia. Tapi aku takde lah ikut.. nak mampus kena cekik dengan
abah? Tak sanggup aku. well aku tolak si Akmal ni bukan sebab apa pun, aku tahu
uncle mazlan je yang beria nak aku jadi menantu dia.. si Akmal ni pula saja nak
mengenakan aku selepas dia terkantoi sedang bercumbu rayu dalam kereta dengan
makwe ter ‘hots’ nye di kala itu. Dania Imani. Macam lah aku tak kenal siapa si
Dania tu. Kalau dia berjalan dalam gelap terbongkok sabut pun aku boleh kenal
insyaallah. Sebab hehehhehehe kat school dulu dia memang glamer gila. Dan aku
entah macamana bole anti dengan si dania gedik ni. Siap pernah berapi bergaduh
bila dia tuduh aku sengaja tumpahkan air ke baju nya tatkala dia tengah
berborak manja dengan kawan baik aku. jeles katanya. Tak padan la… haiiiiiiii
miang telinga aku bernanah dengan kata katanya pada hari itu… “hei pompuan, aku
tahu lah kau jeles si naim ni sukakan aku. tapi yang kau gatal nak tuang tuang
air ni kenapa? Dah hadap sangat nak makan tumit kasut aku ni ke?” kasut tumit
tingginya da diangkat ke muka aku. “ko ingat aku takut kasut ko tu macam paku?
Hei aku ni tak kuasa lah nak layan orang yang macam kau ni. Perasan tak habis
habis. Kalau naim tu gilekan kau sekali pun, pasal plak aku nk jeles. Dia ngan
aku ni bukan ada pape. Tak pasal pasal la kau yang sebenarnye jeleskan aku kan?
Tuduh tuduh orang plak. ” merah menyala muka si dania. Puas hati aku
melihatnya.
“korang jangan .. Nia.. Adda, karang korang berdua kena masuk
jumpa dekan baru tahu. Dah la bising bising kat floor ni. Tak malu ke orang da
penuh keliling ni? Ko balik sekarang jugak Adda! ” ishhhhhhhhhh si Naim ni… tak
pasal pasal karang aku hempuk. Terus aku blah angkat kaki. Heheheh tapi aku
sempat jeling dan membulatkan penumbuk aku yang tak berapa nak besar ni ke muka
dania.. meruap member tu. Arghhhh asalkan aku puas. Nasib baik si naim ada.
Kalau tak aku dah sepak kaki dania tadi. Geram betul. Memang la salah aku sebab
tertumpah mmm tertumpah ke aku sengaja? Hihiih arghhh lantak la.. tapi tak
payah lah nak sound aku macam tu. Air mineral je pun. Macam la mahal sangat baju
nya tu.
Owh sambung balik pasal si Akmal. Dia ni pulak nak kenakan
aku sebab dia tahu aku memang gile stress tengaok dia dengan dania tu. Aku ni
stress bukan sebab aku jeles la weiii.. “kalau kau bagitau papa pasal ni siap
kau budak.. ” warning si Akmal. “Aku dah bagitau kan, u nak sapa. Buat apa. U
punye pasal lah. Aku tak mau tahu. Lagipun, kalau setakat si Dania tu la ko
risau kan aku kacau.. heiii tak kuasa lah. Kau cakap dengan papa kau tu, aku
tak hingin buaya darat macam kau. ” Sempat ditunjalnya kepala aku. “kalau kau
bagitahu kat papa pasal ni aku suruh papa pergi pinang kau esok juga. Kalau kau
tak percaya kau buat lah. ” “heiii U ni gile ke? U gilekan dania pasal apa
pergi pinang aku? ” tak gatal pun kepala ni aku garu juga la tudung ni.. “biar
kau kena marah dengan abah kau. Buat malu keluarga kan? Orang da masuk meminang
kau tolak.. hahahhahaha… ”
dah kalau malaaun tu macam tu, takkan lah aku nak terima bodoh bodoh.. kalau dia berani datang esok.. aku bagitau Uncle Mazlan walaupun mulanya aku tak nak ambil tahu. Biar padan muka kau Akmal.
pasal majlis tu.. aku ringkaskan ajalah.. memang ada rombongan meminang datang. Lagipun Uncle Mazlan dengan keluarga Haji Kahar bukannya tak ada hubungan. Berjiran selang 3 rumah je. Sebab tu la aku bole praktikal di pejabat Uncle Mazlan. Si Akmal tu pula memang dari kecil lagi suka cari gaduh dengan aku. jadi, dia tak masuk meminang pun aku bakalan tak berkenan dia tu sejak azali.. lagilah pula di tunjal kepala aku ni. Memang la silap besar kau ni Akmal.
elok diorang masuk je aku da menjenguk ke ruang tamu. Belum sempat uncle Mazlan membuka mulut aku dah buat buat meroyan merayu tak mahu disatukan dengan si Akmal.. siap aku bagitahu lagi pasal si Dania tu konon konon nya aku menolak sebab aku tak nak merosakkan hubungan cinta mereka berdua walaupun aku tahu Abang Akmal sanggup mendengar cakap Uncle dan berkorban cinta nya untuk menjadi anak yang mendengar kata. Drama kena bagus. Skrip kena mantap. Melopong abah. Ibu dan 4 orang lagi wakil dari keluarga Uncle Mazlan. So, tak jadi lah aku dengan si Akmal. Selamat 1 hal. Melepas satu peluang.. waktu ni umur aku 21 tahun.

Itu peluang pertama. Peluang kedua yang aku sia siakan pula
dari jejaka bernama Fendi Adrus. Nama abang sorang ni memang sedap dan ringan je
aku nak menyebut.. Senang je hati. Lapang je dada. Hihihihihi aihshhhhhhhhh
gatai dah mari ke? Aku jumpa abang Fendi ni waktu kenduri Kak Dira jiran
belakang rumah aku ni. “Assalamualaikum.. boleh saya duduk tak?” Aku dan ati
aku nak duduk ni. Mak Lang suruh suapkan nasi pula pada si ati ni.. makcik
sepupu aku lah kan. Baru umur 2 tahun. So masih makan bersuap. Jalan berdukung
lagilah. Soalan tadi tak terjawab pula bila aku pandang orang sebelah ni.
Direnung nya aku sehingga ke dalam lubuk jiwa. Ecececehhehheiiii gatai nya.. tapi
nasib baik ensem. Aduh mahu aku duduk lepas ni tak mau bangun. “erkkk sorry
sorry, duduk lah. Free sit tu. Anak? ” aduh. Malunya aku mak lang. jatuh saham
anak dara ni. Aku la tuh.. gamaknye kalau aku pergi pulangkan si ati pada mak
lang, aku kena debik tak? “tak lah, ni anak Maklang saya. Dia tengah lapar ni.
Panas nak duduk tepi sana. Tu yang saya bawa dia ke sini. Ada kipas. ” sambil
mendongak dan menunjuk ke atas. “owh.. ” hai pendeknye jawapan. Tapi nasib baik
dia sambung balik selepas tu. “duduk mana? Saya fendi. Panggil abang la kot.. ”
straight to the point sangat plak aku rasa dia ni. “saya duduk rumah belakang
ni je. Bang.. saya tak boleh cakap lama lama. Nanti maklang marah. Saya nak
suapkan ati makan dulu ye. Kang kita borak lagi.” Ikutkan hati nak aja aku
sambung borak ni. Tapi maklang dah menyinar bijik mata. Kang tertidur plak si
ati nanti. Maklang memberi isyarat tangan ati lentok. Kacau daun pulak maklang
ni. Ye lahhh aku cepat suap. Cepat bole boleh sambung borak nanti. Tapi takde jodoh aku nak berlama dengan orang
sebelah ni. Dani datang membawa perutusan. Abah da panggil suruh bawa ati
balik. Katanya ada kawan lama abah nak diperkenalkan kepada aku. so nak tak nak
terpaksalah aku meminta diri pada abang fendi sebelah aku ni yang dari tadi aku
tgk manis betul muka nya. Asal kalih muka ke arah aku. dia macam menguntum
senyum. Abah ni satu hal lah.. nak jumpa kawan lama pun apa kena mengena dengan
wardah. Aduh abah. Kacau kacau. “saya nak kena gerak dulu ye. Abah da panggil.
” aku mempermisikan diri. “eh jap, nama u apa? ” berani dia juga dia
bertanyakan nama aku? nasib baik la aku pun suka hhihihi. Dari tadi lagi aku
menunggu dia bertanya. Ingatkan tak sudi. Lagipun aku dapat merasakan ada satu
rasa senang di hati stiap kali bertatapan dengan abang sebelah ni. “aaaaa
wardah” aduh.. time ni la pulak penyakit gagap aku nak datang. Baik aku cabut
cepat sebelum abang ni bertanya banyak banyak. Karang lagi gagap aku jadi nya.
Oh ye.. dulu aku memang gagap. Masuk tingkatan dua barulah kegagapan ni dapat
aku kawal dan akhirnya semakin hilang. Tapi ada masa masanya dia datang.. haaaa
time time mcam ni lah.. teruja la katakan u olz.. kekekekkekeke
Masuk ke rumah. Aku lihat ada sepasang suami isteri sebaya
dengan abah agaknya. Sambil mengendong ati. Aku menyapa makcik dengan lafaz
salam dan juga huluran tangan. Tersenyum abah melihat aku begitu. Takut sangat
dia kalau aku lupa adat melayu kita tu. Jangan risau abah.. setakat salam ni
boleh lagi. Jangan abah suruh wardah borak sudah. Wardah tak reti.. aku baru
nak melangkah kaki memangku ati yang sudah terlelap di bahuku. Terdengar
telefon pakcik ni pula berderingan. Ehhh
ehhh macam pernah kulihat wajah pakcik ni.. tapi di mana ya? Kata ku dalam hati
seperti skrip si yassin dalam cerita senario. Arghhh lantak lah. Baik aku letak
ati ke dalam bilik. Nanti meragam pula dia kerana tak suka dipegang lama lama
waktu tidur. Mahu lepas bebas jenisnya. Bersentuhan dengan bantal pon ati boleh
menangis. Aiii pelik la budak bertuah ni. Kalau aku mau penuh katil aku ni
dengan bantal.. “wardah masuk dulu ye makcik, pakcik. Bah, ibu. ” sambil
menyusun langkah aku berhati hati ke dalam. Bukan boleh percaya kaki aku ni.
Silap silap boleh gagal berfungsi kalau salah gaya nervous aku ni.. Alhamdulillah,
da takde orang. Masuk bilik sendiri dan meletakkan ati di atas katil queen
bilikku. Kipas ku buka pada kelajuan paling perlahan. Aircond mestilah kena on.
Tengahari buta ni panas weih…. Mana pulak remote aircond aku ni.. masa ni la
nak hilang. Bangun si ati ni kang. Takde kerja buat aku nanti. Jumpa juga
selepas berminit minit mencari. Bawah bantal hehehehhee…
Usai menunaikan solat zohor aku bermalas malas di katil. Tepi katil sebetulnya sebab takut tersentuh si ati ni. Baru nak terlelap ibu da memanggil. “Adda, keluar jap. ” aduh mamai da aku ni.. eiii kacau kacau. Orang baru nak lelap ni ibu… suhu macam ni layan tidur dalam selimut amatlah best. “ye bu, kejap. ” basuh muka ala kadar. Pakai je tudung denim Syria arab ni. Tak kira la masuk ke tidak dengan baju aku tadi.. terkocoh kocoh aku keluar.. aii bole pulak ibu jari kaki aku ni tersandung lantai akibat malas nak menyelak langsir pemisah ruang tamu dan tangga ni. Apa lagi sikit lagi nak tersembam. Tapi apasal tak terjatuh pon aku ni.. melayang lagi rasa nya adalah. Eh ada rasa lain macam sikit.. seseorang sudah menangkap kedua belah bahu aku. pakai kemeja.. dani la kot.. selamat ko ada dani. Kalau tak da malu kakak kau ni. Malu gile la dani. Aku baru nak sengih kat dani.. tapi alih alih muka mamat lain yang menyeringai. Alamakkkkk abang fendi adrus. Aduhhhh ni mati idup balik pon aku tak sanggup ni.. huwaaaaaaaaa mana nk pegi sorok muka aku ni. Merah seraya muka ni memandang seisi ruang tamu tu gelakkan aku. apa nak buat. Takkan aku nak lari. Nasib baik ibu terus memberikan isyarat suruh duduk sebelah dia. Kalau tak mau aku tawaf meja depan ni sebab da mati akal. Your brain function has been shut down due to technical error. Hahahahah gila kan gelabah aku bole ke tahap tu.

“Ni abah nak kenalkan kawan lama abah waktu kerja dulu kat KL
tu. Pakcik Rahman. Ni isteri dia Nila.” Sri nila utama? Ke nila je? Pendek nya
nama.. aku mengangguk saja tanda mendengar. Nak memandang memang aku dah tak
berani nak mengangkat muka. Jangan kata aku control ayu ye.. aku malu pasal
tadi tak abis lagi. Mana la aku suka duduk dengan bukan geng. Eiiihh tak reti
aku nak bawa diri. “yang kamu ni kenapa wardah? Duduklah tegak2 sikit. Angkat
muka tu. Bukan ada orang nak makan kamu tu” da meninggi sikit suara ayah.
“macam ni la anak dara aku sorang ni man. Nak kata budak lagi, tengah ambil degree. Malu tak bertempat.
Gelabah tak tentu pasal.” Aduh abah ni
kot ye pon nak tegur aku.. jangan la depan depan macam ni. Ni yang malas ni..
aku masuk je lah.. baru aku nak angkat punggung dari sofa ibu dah memegang
pergelangan tangan. Mmmm jadi batu lah aku kat sini. Tapi pelik kenapa pulak
aku je yang tersangkut kat sini. Dani nya mana. Kalau da nak kenalkan ahli
keluarga ni mana bole kenalkan pada aku sorang.. aaaaaaaaaa jangan jangan abah
nak buat hal macam aritu.. ishkk jangan abah.
ibu sibuk melayan makcik nila bercakap. Ayah sibuk dengan pakcik rahman. Sebetulnya datuk rahman ye. Sebab baru tahun lepas dia dianugerahkan pangkat tu. Datuk rahman. Datin nila.. aiii cantiknye la nama makcik ni.. tapi kalau silap sebut memang haru biru.. ekekekek.. ye lah.. nila kan orang buat rendam baju. Bagi jadi kaler biru.. hahahah sengih kerang busuk aku sendirian.
aisehhhh terlupa pula pada abang sebelah ni. Mmmm, aku walaupun tak angkat muka.. ada juga la aku up sikit degree penglihatan ni. Jeling jeling. Aku perasan abang fendi ni asik memerhatikan aku sahaja.. ni yang buat aku malu ni. Terasa darah menyerbu ke muka. Gawat gawat. Baik aku main telefon je lah. Kerana kerusi ni ibu susun sederet antara kerusi yang aku duduk sekarang dengan kerusi abang fendi. Makanya dengan berani nya dia merampas telefon yang aku pegang ni dan menaip naip sesuatu. Aku buat muka - apa apa? Apa ni main main tarik enpon orang plak.. tapi dalam hati je lah. Kang tak pasal pasal abah bising aku borak dengan lelaki. Hai jangan buat main.. sejurus selepas tu, telefon abang fendi berbunyi. Seraya itulah dipulangkan telefon aku. isk pelik.. aahhh malas lah nk pikir. Sambung lagi main angry bird. Hehehhehe..

Ada juga la aku berbual dengan makcik dan pakcik. Tu pon
sebab dorang yang menanyakan soalan pada aku. kalau nak harap aku.. sampai
tumbuh kayu la gigi aku ni.. berpokok pon aku belum tentu tau apa yang nk
dituturkan. Tapi yang kau pelik kenapa abang fendi ada sekali ye? Dia siapa?
Tapi bila melihat muka datuk rahman dan abang fendi yang seiras. Aku tak Tanya
pun dah bole buat kesimpulan ye dak? Anak ngan bapak la tuh. Hihihihi. Jodoh nk
terjumpa. Ingatkan tadi da tak bole nak tengok dah muka abang fendi macho ni.
Hihihihih suka suka.. memang aku suka fizikal nya. Ye lah sekali tengok. Sekali
jumpa. Bukan dah boleh kenal baik ke jahat. Tinggi? cek. Rambut? ok. Muka? bole
lah. Kulit? pon ok.. tak hitam. Tak putih. Sedang sedang saja kan. Aku tak suka
orang putih putih ni. Rasa macam aiiii bole ke jaga aku ni.. kurang relevan pon
kan? Kulit dengan security? Tapi aku macam tu lah.. kalau org berkulit cerah ni
aku rasa macam kurang dpt nak rasa secure. Sebab tak berapa nak maskulin je
kalau kulit cerah ni. Lagi la kalau muka bersih, suci. Xde parut.. hihihihi agak
agak ada orang terasa tak kalau dorang tau aku selalu mengutuk lelaki macam
aoran aziz. Fahrin ahmad. Dan sapa sapa je lah yang agak agak muka pernah
keluar iklan sabun muka lelaki ni.. ewwwww tak kuasa. Hahahhahah tak relevan
kan? Hahahhahah. Tau dek peminat dorang ni habis aku kena penyek gamak. Naya
saja saja.
Well, kisah aku dan abang fendi sebenarnya panjang Cuma
mungkin. Bukan jodoh kata orang. Peluang kedua ni pun ranap sebab abang fendi
adrus ni rupanya ada makwe. Ex girlfried. Dia sayang sangat. Memang dah lama
terpisah kerana ex nya keluar Negara untuk sambung belajar. Tapi selepas
beberapa tahun, terjumpa kembali. So, siapa lah aku ni. Kenangan pun tak ada.
Seadanya lah aku undur diri. Sebelum itu, memang abang fendi ada menyatakan
hasrat hatinya untuk menjadikan aku seseorang dalam hidupnya. Tapi bila dah
jadi macam ni, aku rasa baik aja aku undur diri. Banyak kisah di luar sana yang
menyajikan pengalaman pengalaman berkaitan dengan ‘berpisah dan berjumpa’ kawan
kawan lama ni. Gelojak di jiwa walaupun kita ni macam tunas baru. Enak dimakan.
Tapi tak terasa kat tekak. Begitulah antara cinta lama dan baru. Kalau masih
ada terdetik di hati untuk yang lama. Aku tak berani mengambil risiko. Nanti
aku juga yang gigit jari kalau jadi apa apa. Abang fendi pun dah mengaku. Dia masih sukakan ex
girl nya tu. Jadi baik aku lupakan saja dia. Tapi tersentuh hati ni kerana aku
rasa dia antara insan yang mampu buat di sini.. dalam dada ini berdebar debar.
Adalah bermalam malam aku menyepikan diri daripada abah dan ibu kerana tak
sanggup nak menampakkan aku ni sedang bersedih kerana patah hati. Walaupun baru
2 - 3 % perasaan ini wujud. Perkenalan singkat 3 bulan kata orang. Akukan masih
belajar. Banyak manalah ruang untuk bersama dengan orang yang kita suka.
Lagipun, proxy abah ada dekat dengan aku. ekekekek si dani bertuah ni. Takkan
dibaginya aku keluar sewenang wenangnya dengan mana mana lelaki. Derhaka kat
abah katanya. Betullah tu kata dani.
Peluang ke dua ni juga, pernah abah utarakan untuk aku.
tetapi aku menolak dengan baik dengan alasan abang fendi terlalu matang untuk
aku. aku baru menginjak 23 tahun pada waktu itu. Manakala dia pula sudah 32
tahun. Di ruang berbeza barangkali. “abah senang tengok fendi anak uncle rahman
tu. Dah 2 3 kali dia ke rumah kita ni. Macam suka je dia dengan wardah. ” abah
cuba memancing aku. “ye ke? Abah salah ni kot. Entah entah dia suka dengan ibu
sebenarnya.” Aku terkekek kekek kecil.
“isk kamu ni ke situ pula. Ibu kamu tu dah season. Sapa nak kat dia lagi.
Pandai pandai saja kamu ni wardah. ” abah menempelak. “abah, cuba abah ikut ibu
ke pasar. Nanti tahu lah abah, ibu tu season ke tidak.. ” kali ni gelak besar
pula aku. ibu di sebelah sudah menyeringai melihat abah yang terkulat kulat
tidak puashati. “yang awak layan sangat dengan adda ni kenapa. Dia ni bukan
bole dibuat berkira. Orang cakap hal dia. Pandai dia pusing hal kita. Haaaaa
abah Tanya tu. Kamu dengan fendi tu macamana? Ok ke tak?” direct pula ibu kali
ni. “apa pulak orang.. isk wardah bukan tak nak abang fendi tu ibu.. tapi dia
tu macam tua sangat ke tuk adda. Adda anggap dia macam abang je. Tak pon kawan
baik. Lagipun, adda tak habis belajar lagi. Susah nak bu nak pikir pikir hal
lain waktu waktu macam ni. Tak sesuailah.” “alah, bukannya abah suruh kamu tu
kawin pun. Abah baru Tanya.. kamu suka dia tak? Itu aja. Kalau kamu suka, abah
pun mudah nak menjawab dengan uncle rahman kamu tu. Baik anak nya itu. Baik
anak nya ini. Takkan seorang ayah nak memuji anak dia depan orang lain kalau
takde pasal pasal. ” cepat pula abah memotong cakap aku tadi.
Mungkin abah lambat sikit bertanya hal ini. Waktu ini luka
hati aku sudah sembuh.. sebab aku baru ceraikan hati aku ni sikit.. dia dah
tumbuh balik yang baru.. hati fresh. Ekekekeke.. so aku tak amik port sangat
dengan apa yang abah cakap. “abah, macam ni lah.. kalau ada lagi uncle rahman
bagi hint @ abang fendi sendiri yang turun bagi hint kat abah. Baru kita
bincang balik ye. Wardah nak naik kemas
beg. Kejap lagi dani da nak anta wardah balik shah alam.” Terkelip kelip abah
menunggu jawapan dari ku. Dan aku rasa itu la jawapan yang paling selamat aku
dapat bagi kat abah. Lagipun, memang aku dan abang fendi sudah berbincang elok
pon akan hal yang satu ini. Jadi tak susah untuk aku menolak suara abah kali
ini.
Aku masuk ke bilik dengan perasaan yang berbaur. Semoga aku
tenang selepas ini. Tutup sudah buku tentang peluang ke dua.
dan sekarang, hal megat si gagak putih ni pula aku nak kena pikir. Megat ni memang handsome. Sangat sangat handsome. Masalahnya satu je. Kulit dia tu putih sangat. Aku ni tak suka lelaki yang metrosexual. Kalau nak keluar dating.. bukan dia yang menuggu aku. tapi aku yang bakal menunggu dia. Ni Sangkaan aku je tau. Sebab aku tak pernah lagi keluar dengan di megat ni. Megat Danial bin Megat Osman. Berasal dari johor. Merangkap juga anak angkat abah. Dulu abang megat pernah tinggal di rumah kami dalam program pertukaran pelajar di universiti nya. Sayang benar abah pada abang megat ni kerana dia sorang yang ringan tulang dan anak yang taat. Kamceng pulak tu dengan dani. Aku? entah mengapa walaupun abang megat ni seratus kali lagi baik dari Si akmal tak sedar diri tu. Hati ni tak dapat nak meng’upgrade’ dia ke status yang lebih tinggi dari seorang sabahat dan juga orang yang lebih tua. Serasa seperti melayan seorang abang sahaja gayanya. Manja, rajuk dan tawa aku dengan abang megat, sekadar itu lah. Senang dan terbiasa. Tiada debar. Tiada rush bak kata omputih.
“Apa lagi yang kamu tunggu wardah. Abah tengok kamu dengan megat tu ok je. Bole bergurau. Bole ketawa, bole menangis. Nak tunggu juga rasa entah apa apa datang? Macam tu? Cinta tu bukan datang sehari wardah. Tengok ibu dan abah. Sampai sekarang masih belajar lagi. Kalau dalam hal rumah tangga ni seumur hayat pun kamu belum tentu habis menelaah. Sebab yang duduk depan kamu nanti yang jadi suami kamu tu manusia. Kamu pun manusia. Harini perangai kamu lain. Rasanya begini. Esok kamu gayanya lain.. rasanya begitu. Takkan pernah sama. ” untuk megat, abah menambah hujah. “dia pun kamu dah kenal. Abah dah kenal. Mak bapak nya pun dah banyak kali bercuti ke rumah kita. Nak kata keluarganya tak sukakan kamu… si dira yang paling kecil dalam keluarga tu pun kamu pandai ambil hati. Isk, abah tak fahamlah orang sekarang.” Berteleku aku dagu ke lutut di depan abah. Terkebil kebil mendengar haji Kahar menasihatkan aku. tapi di sini bah… tak rasa apa apa. Getus kata hati. Menepuk nepuk dada seperti di tusuk kelakuanku. Kalaulah aku turutkan kata abah 3 bulan lepas. Mungkin hari ini aku dah ada rasa bahagia di sisi abang megat. Cuma masalahnya aku kerja di shah alam. Abang megat? Menetapnya di Johor. Jauh dari sini. Tak sanggup aku membuang kerjaya aku ni. Walaupun kecil usahanya tapi aku berpuashati dengan hasil yang aku boleh capai. Mungkin hari ini aku boleh balik ke kampung halaman bersama nenek dan atuk tanpa ralat. Tanpa bersusah pening macam sekarang.
Kalau abah sanggup bersusah payah untuk megat. Bertahan untuk megat. Aku sanggup bertahan untuk apa yang aku buat sekarang. Aku sanggup merajuk berduka kerana apa yang ku buat sekarang. Bukan hendak menjadi anak derhaka. Abah masih berhubung. Ibu pun sama. Cuma susah untuk aku menerima megat sebagai pengisi kekosongan di hati untuk berteman. Sesungguhnya megat tak salah. Jika bersama megat, aku tenang. Perasaan ini walau neutral, tetap ada berasakan sesuatu kerana hati ini belum jadi milik sesiapa. Kiranya kalau pun abah berkeras nanti untuk megat, aku mungkin boleh setulus hati menyayanginya. Aku pun memang jenis tak suka dan tak reti nak bercinta. Mungkin selepas berkahwin aku mampu mencipta satu rasa indah di hati kan? Siapa tahu…
Ya Allah, berikanlah rasa ini.. izinkan hati ini untuk merasai kurniaan rasa cinta itu. Sejurus itu aku menelefon abah. “Assalamualaikum bah.. berkenaan megat tu. kalau wardah tak dapat cari 1 lagi peluang tu. Wardah setuju dengan keputusan abah. Cuma, bagi masa untuk wardah cari sendiri apa yang wardah cari. Kalau wardah tak jumpa dalam sebulan dua ni. Wardah serahkan pada abah. ” adakah ini bermakna aku setuju dengan megat? Mengeluh lagi.. abah hanya sekadar mengiyakan dan seterusnya bertanyakan… “sampai bila anak abah ni nak merajuk.. sekurang kurangnya balik la sebentar untuk jenguk ibu.. tipah pun dah rindu. Asik ke bilik kamu saja kerjanya.” “abahhhhhhhhh, jangan bagi dia tidur kat katil wardah.. abis la cadar huwaaaaaaaaaaaa. ” aku berteriak dalam telefon. “anak bertuah, pekak telinga abah ni. Kamu jerit kenapa??” opsssss terlebey sudah.. “alaaaa orang tak nak kongsi katil dengan tipah..” abah tergelak kecil.. bingung aku dengan abah ni.. sekali ayat maut dia keluar. “abah nak carikan kawan kongsi katil kamu tak mahu.. haaaaaaaa bagus lah tu tipah nak teman. Ikutkan kamu tu.. nak cari sendiri lah apalah. Karang sampai ke tua lah kalau mengharapkan kamu tu.. hhihihihi. ” berani abah bahasakan aku dengan ayat ayat sehalus itu.. “aaa yelah yelah. Kan orang dah bagitau tadi. Kalau tak bole nanti orang serender lah. Orang pon tak mau jadi andartu..bah” gelak sendiri aku. “tau pun takut.” Ujar abah kembali.

Lain macam sahaja gaya bahasa abah kali ini. Biasanya abah tegas.
Bahasa nya singkat dan padat. Ini kaedah psikologi mana dia apply ni? Tertanya Tanya
aku dalam hati. Apa pon juga ayat abah, wardah terima. Asalkan abah bagi wardah
peluang untuk cari sendiri rasa yang wardah cari.. rasa? Argh… susah betul perasaan
ni. Dah 24 tahun umur aku sekarang ni.. satu
apa rasa pun tak pernah ada. Ni dalam tempoh sebulan dua.. mana nak sempat cari
rasa yang aku sendiri tak tahu macamana.
Terbayangkan wajah megat bersilih ganti dengan abang fendi dan
ikmal.. ada rasa, tapi semuanya hilang begitu sahaja.. terlelap juga aku akhirnya
pada jam 3.15 pagi…
No comments:
Post a Comment