Saturday, June 23, 2012

SATU PELUANG - 2



Seperti biasa harini aku ada check up dengan pakar tulang – di klinik orthopedic .. tapi ini perjumpaan terakhir aku. Seronoknya… apa ceritalah tulang aku kat dalam ni. Sambil menggosok gosok lengan sendiri. Memang terasa ada sedikit lekuk jika ditekan isi dagingku ini. Tulang senget kot..   Owh lupa pula, alkisahnya aku eksiden sewaktu aku membawa motor kawan untuk kali pertamanya dalam hidup aku. Ayat sebelum ini macam membayangkan aku dah pernah bawa motor je kan? Sebenarnya itu lah pertama kali. Sebelum ni tak pernah. Paling paling dekat aku dengan motor pon aku bonceng aja motor tu dengan si Angah. Housemate kesayangan aku sejak belajar di UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif (FTMSK) dulu lah kot. Sekarang aku tak tahu dah. Dorang kan selalu tukar itu dan ini.. lagi kan visi dan misi bertukar. Ini kan hanya nama fakulti. Ke mana pon berdua. Sebelum dia pakai kereta la. Awal awal semester dulu memang dia pakai motor. Dah tengah tengah semester dia dah tukar kereta. Jadi ramai la kawan kawan makin bergayut dengan Angah, sebab senang nak minta tolong. Apa apa pun aku bernasib baik sebab sebaik mana pun angah dengan orang lain, dia tetap angkut aku ke hulu ke hilir.

Berbalik pasal tangan aku yang bertuah ni. Hari tu memang hari malang untuk aku lah. Dah lah demam, boleh pulak aku jadi bingung. Membuat keputusan yang aku sendiri selepas kemalangan musykil, kenapa aku pergi berani berani nak membawa skuter Adam Saufi. Padahal aku memang tak reti nak naik pon skuter. Kalau lah Adam tak pelawa aku naik motor dia tu, aku takdelah patah patah ni semua. Rungut hati menyalahkan Adam kerana menjadi punca aku kemalangan. Cuma abah cakap tak baik menyalahkan orang lain. Hal dah lepas dan dah terjadi. Semuanya atas kehendak Allah. Sebagai hamba, aku kenalah belajar menerima hakikat, dan melalui nya dengan penuh berlapang dada.

Namun harga daripada kemalangan ini adalah terlalu perit aku nak bayar. Dah la tangan patah. Nasib baik muka tak terjejas ye.. hihihhihi. Hilang kawan lagi tau.. satu rumah juga dengan aku dan Angah, yang paling penting, abah dah gam aku dari pegang lesen motosikal ke. Kereta ke.. dan apa jua menda yang ada enjin.  takde peluang langsung dah katanya.  Sebab aku pandai pandai bawa tanpa kebenarannya dan aku dah jahanamkan motor Adam. Nasib baik aku hanya sekadar patah tangan. Tapi kalau melihatkan motor Adam tu, yang hampir hancur. Aku tak gerenti orang yang naiknya selamat. Sebulan jugalah motor tu dalam workshop. Dan Sebulan tu jugalah kawan aku yang nama Zola ni merangkap awek si Adam dah tak bertegur sapa dengan aku. Aku pun malas nak ambil tahu. Hal motor abah dah setelkan dengan si Adam. Semua kos membaiki motor tu abah tanggung hampir RM6K semuanya.. Motor tersebut hampir hancur dan Adam meminta semua part original untuk skuternya. Kesian abah… sebab aku dah banyak susah kan dia.. jadi nak tak nak terpaksalah aku menjadi anak yang baik untuk abah dan ibu setelah semua pengorbanan mereka terhadap aku.

“Assalamualaikum dok.. ” Doktor Zahar tersenyum melihat aku. “Mana x ray harini? ” adeiiiii, ni bukan kali pertama aku ke sini, macamana aku boleh lupa nak ke x ray room terlebih dahulu ni.  “Alamak dok.. lupa lah. Nanti saya datang balik ye. Sorry.” Doktor Zahar ni ipar kepada kenalan aku. Walaupun takdelah special layanan yang aku dapat, boleh juga lah aku bergosip dengan Kak Milah pasal doktor Zahar ni. Umur dah melarat bak kata Kak Milah. 35 tahun tapi tak jumpa jumpa calon sesuai. Cuma, rezeki mereka untuk beripar duai ni bila adik Kak Milah yang baru posting ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ni menjadi kenyataan. Terbuka hati Doktor Zahar nak berbini hahahahha.. Ye lah, kerja nya pakar tulang, sibuk memanjang. Siang kerja. Malam on call. Tak ada masa nak menilik muka manusia. Nasib baik si Azza ada duty bawah Doktor Zahar, tu yang tersangkut tu. Sibuk terkenang hal orang. Aku dah penat menunggu giliran untuk masuk ke bilik X Ray. Ni lah bahana kalau asyik mengelamun. Kalau aku awal awal ambil Xray terus tadikan senang. Ni dah tengahari masih kat sini lagi. Sah kejap lagi dah waktu lunch. Pukul 2 lah baru aku boleh jumpa balik Doktor Zahar ni.

Usai mengambil filem Xray aku yang terbaru, aku menuju ke cafĂ© untuk makan tengahari. Dulu PPUM tiada kawasan parking yang besar dan bertingkat. Tetapi sekarang pelbagai kemudahan disediakan untuk pelawat dan juga pesakit. Semestinya staf hospital juga lah kan? Tempat makan ada dua tiga dalam kawasan ni. Nak makan roti aku dah tak lalu maka terpaksalah aku ke tempat letak kereta yang agak jauh dari kawasan Klinik Pakar. Berjalan menonong menuruni bukit untuk memintas masa.. macam lah kalau aku potong masa dua tiga saat ni aku dapat ‘peluang’ baik.. sebetulnya perkara yang satu ni masih belum dapat aku buang dari sistem pemikiran.

Huh.. macamana nak makan.. dah tak lalu dah anak  tekak bila terfikirkan janji aku pada abah. Cetusan satu demi satu layar di ruang mata menyebabkan aku hampir dilanggar sebuah BMW M5. Celup ke tidak aku tak tau.. tapi mendengar pada deruman enjin nya. Ye aku tau kereta ni memang power. Terus aku berlari anak menuruni anak tangga apabila M5 ni sempat menghadiahkan aku hon panjang kerana kealpaan aku tadi. Nasib baiklah jalan ni curam. Kalau tak, mau mamat yang dalam M5 ni turun sound aku. mana taknya, aku dah berjalan kat tengah jalan. But wait, I know this car.. what is he doing in PPUM? No way he’s meeting his Doktor here.. tak par la dengan status kalau jumpa Doktor sini.. Bukan aku yang kata ye.. tapi mamat berjambul dalam kereta tu memang hantu berlagak. Ni macam dah nak mula dah ni..  babak sakit hati aku bakalan nak kembali ni.. tapi nasib baik lah syukur dia tak cam aku, heiii selamat la. Kalau tak,  mau disemburnya aku macam tahun lepas dalam meeting pula tu. Client Uncle Mazlan sebetulnya.

Arghhh malas lah aku nak ingat dia. Semua kau punya pasal. Sekarang aku dah takde kudrat nak menapak sebab jantung masih tak berhenti berdegup laju sedari tadi. Biar betul aku terkejutkan hon kereta mamat berjambul tu sampai macam ni sekali. Getus hati menyalahkan mamat berjambul tu padahal aku tahu memang aku yang cuai.. terpaksalah turun ke kedai runcit bawah ni sahaja untuk membeli air mineral dan pau kerana walaupun tak lalu makan, aku kena jaga perut aku yang sensitif ni. Nanti karang gastrik datang. Air mata aku mencurah bumi tak kering kering pula.

“Papa, napa hon kuat kat Aunty tu. Kesian dia..Mel pun terkejut la.”  Ngomel Nur Diana Emelin. “Sorry sayang.. that will only happen if U young lady, act like that lady. U should always watch where you are going and be careful when u’re on the road. U’re a pedestrian. Vulnerable to dangers. U could be hit by anything just like that. U saw yourself what happened just now. ”  Papa mula berceramah pada si kecil Emelin sambil memetik jari untuk menunjukkan sekejapan sahaja kemalangan boleh berlaku. “But .. am never worry because no one will let me walk on the road on my own. So u don’t have to worry about me ok, papa? Kenapa dia jalan sendiri sendiri?”  Emelin sayang.. dengan orang suku sakat pun kamu kesian kenapa.. “Mel, tak semua orang hidup nya berteman macam mel. Papa ada. Nenek Meri ada. Aunty Mira ada..” alamak, aku macam dah salah cakap je..  “but I don’t have mummy and daddy..” sah aku memang salah cakap. Si kecil Mel dah sedih menarik muka.

Ni semua kau punya pasal la perempuan…  kan Mel dah sedih, selepas memandang cemberut Mel.. Menggeleng geleng kepalanya sambil memandang cermin sisi kanan dan seterusnya cermin belakang, terkocoh kocoh gadis tadi bergerak ke tepi dan berlari lari anak menuruni anak bukit yang agak curam tu dan menghilang apabila memasuki ruang berjalan yang berbumbung yang memang disediakan untuk pejalan kaki. Dari mana dia tu tadi.. orang dah elok elok bagi ruang pejalan kaki,, dia guna jalan untuk kenderaan juga. Tau la dekat dengan hospital.. kalau jadi apa apa tadi aku jugalah yang naya. Nak mengangkat lagi. Nak bawa jumpa Doktor lagi. Entah berap banyak urusan lagi kalau dah langgar anak orang. Takkan nak lepas tangan macam tu sahaja. Walaupun bukan aku yang salah. Tanggungjawab tetap kena jaga.

Tapi… sambil mengecilkan mata dan mengerutkan muka.. aku macam pernah nampak je budak tadi tu. Kat mana ye? Berdetak detik pula jantung ni.. jangan jangan dia tak? Tapi mengapa PPUM. Buat apa dia kat sini.. Sakit? No way.. macam sihat je berlari.. tapi sakit ada banyak jenis.. macam Mel ni.. segalanya ok.. tapi bila bersendirian, murungnya datang. Aku juga lah yang jadi mangsa nak menemankan mel. Dan harini, rutin biasa untuk mel berjumpa dengan Datin Paduka Dr Siti. Seorang pakar yang menjurus dalam bidang psikologi kanak kanak. Mel sihat pada luaran sahaja tapi pemikirannya masih dibebani pelbagai persoalan yang kadang kadang aku sendiri tak dapat menjawab. Dan sebagai orang yang sekarang ini paling rapat dengan mel. Maka terpaksalah aku melakukan ini semua bersama Mel. Luahan rasa seorang lelaki.
“Nampaknya mid shaft humerus u dah ok ye. Dah bercantum dengan baik. So macam yang kita expect pada  pertemuan lepas. Ini pertemuan terakhir kita lah ye, safi. Jangan lupa makan makanan berkhasiat untuk make sure tulang U kuat.” Amanat terakhir dari Doktor Zahar. “Insyaallah Doktor, I will remember that. Nanti nanti kita jumpa lagi lah ye. Kak Milah dah bagitau Safi.. ” aku dah tersengih sengih. “ehhh.. Kak Milah nak bagitahu Safi apa? Korang ni tak habis habis nak bergosip ye.. dahh, nanti kita jumpa kat luar ok. Ada 3 lagi patient I nak kena attend. ” pantas Doktor Zahar memintas ayat aku untuk mengenakan dia.. “hihihihi Safi tau lah nanti u mesti akan jemput kitorang pergi kenduri u satu family.. ok lah. Safi keluar dulu ye. Kirim salam pada kak Azza ye. TQ doc.” Mula mula kelat saja muka Doktor Zahar tapi sesaat jua berubah muka itu tersengih sengih. “ Haahahhahahah, I ingatkan apalah tadi.. insyaallah. ” kenduri kesyukuran u, orang dah nak jadi bapa la katakan.

Dan nampak gayanya memang inilah kali terakhir pertemuan professional antara aku dan Doktor Zahar. Seronotnya hati.. tak terkata. Tak payah lagi aku nak menunggu bas kat tepi federal highway ni lagi. Dengan penuh asap dan segala bau yang tak menyenangkan halwa hidung langsung.
Menyusur lorong pusat perkhidmatan pakar untuk pulang, menemukan aku dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia yang lain. Ada yang sakit. Ada yang menunggu orang orang tersayang mendapatkan nasihat dan konsultasi serta diagnosa penyakit masing masing. Aku sendiri tidak pernah menyangka akan menghadapi kemalangan secara tiba tiba walaupun aku yakin, peratusan luangan waktu aku di atas jalan raya adalah yang paling minimum. Aku tidak pernah memandu kenderaan. Apatah lagi untuk memecut membabi buta di atas jalan raya. Tapi, lihat saja kerana satu pertimbangan akal yang tidak wajar, aku terbabit dalam kemalangan yang memang semua orang akan menyatakan ianya boleh dielakkan.

Waktu susah yang datang kita takkan pernah dapat duga walaupun untuk sesaat. Sebab tu banyak ayat Allah yang menyatakan betapa pentingnya waktu. Janji janji Allah yang menjuruskan tentang waktu. Sumpah sumpah Allah dengan menggunakan waktu. Bercakap tentang waktu.. masa yang tinggal untuk aku mengejar ‘peluang’ adalah semakin menghimpit. Mengelamun lagilah aku kalau macam ni.. tiba tiba langkah kaki secara otomatik terhenti. Dan seraya itu juga aku memandang kosong ke depan, tanpa mempedulikan sesiapa aku menyelit duduk di kerusi. Antara selesa atau tidak, kerana sudah terdapat 3 orang lelaki terlebih dahulu duduk di kerusi panjang itu.  Sambil memandang aku, masing masing kehairanan kerana aku ternyata begitu ralit dengan dunia sendiri. “Agaknya baru mendapat berita buruk dari bilik Doktor sampai tak boleh nak fikir.” Antara kedengaran dengan tidak sahaja kata kata orang di kiri aku ni. Kepada siapa ayat itu ditujukan, hati aku sedikitpun tidak teruja untuk mengetahuinya.

Sehabis daya otak ini mengerah aku mencari kekuatan untuk berfikir bagaimana aku akan menyelesaikan masalah ini. “Aunty suka mengelamun macam mummy.” Pantas jari jemari tangan kecil itu menyentuh lutut aku. Mummy mana pula ni.. aku ni kahwin pun belum. Bundar mata aku setelah minda kembali ke realiti. Comelnyaaaaa budak kecik ni.. apasal anak saudara aku takde pun yang secomel ini. Mata bulat. Rambut ikal. Putih mulus. Ehhh mana pulak anak sedara.. si Dani bukannya berbini lagi. Mana nak datang anak sedaranya, Melalut lagi aku nampaknya.. sepupu sepapat sendiri pun bole tersasul jadi anak saudara. Spontan, aku menepuk dahi.

Eh mana pula budak kecil tadi ni.. atau aku memang betul bermimpi? Sedari saat itu jua baru aku tersedar aku duduk di antara lelaki lelaki yang aku kira muka mereka pun sekusut aku.. terus aku bangun dan meminta maaf meninggalkan tempat duduk yang tak ingin aku duduki lagi di masa akan datang. Harap nya aku takkan ke sini lagi. Hati menyampaikan harapan.  Waktu untuk melarikan diri dari kelakuan yang aku kira agak tidak sopan, duduk di kalangan bukan muhrim. Macamanalah boleh tak perasan.. Memijar berbahang muka ini malu pun ada. Bingung pun ada, Nampak gayanya makin menjadi jadi bingung aku sekarang ini.. wahai peluang. Cepat cepatlah engkau muncul. Ya Allah, berilah aku ilham. Walaupun sedetik cuma. Semoga sedetik itu membolehkan aku mengejar kamu. Peluang.

“Aunty dah nak balik ke?” ishhhh ada lagi suara budak tadi.. “Aunty tak apa apa? Takut Mel tgk aunty tadi. Napa aunty jalan tengah jalan. Papa pun marah. ” memandang ke depan, seraya itu aku mengangkat muka. Laaaa, dorang ni ke yang nak terlanggar aku tadi? Aduh bertambah parah la malu aku ni. Budak kecil pula yang tegur. Ehhh dah besar pula budak ni dah lagi tinggi dari aku. Kaget. Memang lah tinggi wardah oiii.. ko tak nampak ke bapak dia tengah dukung dia tu? Sindir Nampak.. hati ke hati aku berdialog. Tak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan budak comel ni. “Aaa aunty ok je.. takde apa apa. ” sekilas juga aku cuba mengecam bapak budak comel ni.. Mencari kesamaan dengan mamat berjambul tu. Mel ye nama nya.. comel.. nama comel. Muka cute. Mmmm, bapak nya macamana rupa. Mak nya macamana lah rupa paras orang nya. Sibuk minda ini mencerna segala kemungkinan tentang bagaimana muka budak comel nama Mel ni boleh jadi comel.. hihihihihih senyum aku sendirian. Anak aku esok tak tahu lah macamana kalau dah aku macam ni.. hahahhahahah.. sempat lagi aku menyukat rupa paras sendiri.. aku.. katagori biasa biasa sahaja. Memang tiada cacat cela. Physically healthy bak kata orang. Cuma mentally stressfull je buat masa ini. Sebab tu sekejap aku macam normal. Sekejap macam orang tak betul.. aku terpaksa menerima kenyataan ini untuk seketika selagi aku belum bertemu ‘peluang’ sendiri. Peluang yang abah sediakan untuk aku, aku belum sanggup lagi nak menyahut. Biar lah dulu, sebab tu aku seram kebingungan bila terfikirkan hal yang ini…

“see papa, aunty is into her mind again.. isn’t she cute.. just like mummy. ” Mel comel ni sudah gelak gelak kecil.. alahai comel.. comel comel. Asyik sebut comel je nanti aku ni. “Indeed she is.. ” jawapan spontan seorang bapak untuk anak nya atau dia memperli aku yang banyak mengelamun? Tertanya tanya dalam hati ini.. Bapak mel ni boleh bercakap rupanya. Suaranya… jantung ku mula berdenyut laju. Kenapa baru sekarang nak buka mulut. Pada Mel masih mendukung Mel dan berjalan ke depan. Muka Mel di bahu papanya dan tangan kecil Mel yang agak montel ini  memeluk leher papanya.

Waktu untuk berpisah dengan Mel comel ni.. dah sampai ke pintu besar dah.. Hanya perlu melintas jalan kecil dan menyusur ke turun ke tangga.. dan aku takkan dapat bertemu Mel lagi.. Memang ini biasa berlaku. Pertemuan di hospital menemukan kita dengan ramai orang, sambil berbual menghabiskan waktu menunggu yang lama mengisi ruang waktu sebelum mendapatkan rawatan. Dan hari ini adalah pertemuan yang paling bermakna dan ada rasa kecewa di situ. Bila lagi lah aku akan dapat berjumpa Mel lagi. Takkan nk minta nombor telefon mel untuk keep in touch dari papa dia yang aku tak tau pasal apa macam sombong je. Pandang aku ni sekali pun tak pernah.. sebijik perangai macam mamat berjambul. Tapi tak tau pula aku dia ada anak. Baru setahun je aku tak jumpa dia. Takkan anaknya dah besar macam Mel. Mungkin aku yang terlampau mengelamun, argghhh kereta mana mana pon boleh jadi sama kalau pada pandangan mata aku. Nak tengok muka dia pon aku tak ada kesempatan kerana Mel asyik bercakap dengan aku dari dukungan papa dia aja.. tapi kalau diamati kembali.. cara dia ni berjalan dan segalanya tentang susuk tubuhnya mengingatkan aku pada….. ahhhh sudah banyak kali aku teringatkan mamat poyo tu hari ni.. apa lah malangnya aku hari ni..

“Mel. Aunty got to go first ok.. maybe we can see each other again in the future.. ” aku sudah berbahasa untuk meninggalkan dua beranak dan beransur pulang. Banyak kerja aku dah tinggalkan pada hari ini. Miss soru beb kata orang kalau tinggal kerja lama lama.. redha je lah kalau dah Allah kata pertemuan aku dengan Mel hanya setakat hari ini..aku menghulurkan tangan untuk menyalami Mel.. dan Mel menyambut tangan ini.. bersungguh dia menegakkan badannya untuk menyalami aku. “Wait aunty, what is your name? u can come with us, papa tak suka orang jalan alone kan papa.. bahaya.. please… ” Isk pandai pandai pula budak Mel ni.. Mel sudah memandang papa nya. ‘Itssss ok ..’ baru aku nak menyapa usul Mel tadi.. Orang yang Mel panggil papa memusingkan badannya dan berkata “ok sweet, jom hantar aunty Safi balik ye.. anything for you”. Papa Mel mencuit lembut hidung Mel.

Aduhhhhhhhhhh berdebar debar.. lutut rasa lemah. Tekak rasa kelat. Darah di muka rasa sudah turun ke kaki.. memenuhi ruang kasut dan berdenyut2 segala ruang inci tubuh ini.. Arghhhhhhhhhhhhh memang betul sangkaan aku sedari tadi.. memang mamat poyo ni.. Haziq Haikal.

Dia meletakkan Mel ke lantai hospital dan memegang tangan anak comel itu.. Seakan berbisik, dia mendekatkan badannya ke arah aku dan bermulalah kembali episod yang paling aku tak suka bila diarah oleh Haziq Haikal, kelemahan aku sendiri iaitu aku akan mengiyakan sahaja tanpa berbalas apa apa.. padahal aku rasa aku ni cukup petah.. entah mengapa dengan Haziq aku kelu.. “I know u don’t like me.. but u tolong jangan macam macam depan Mel. I tak nak dia sedih. ” see… memang as I thought.. he will make me listen and obey him tanpa kerelaan hati.. dah la suka suka dia je nak rapat rapat dekat dekat.. dan bau itu.. bukannya aku tak boleh dengar dia cakap walaupun slow.. pandang ajalah muka aku ni, macam ni..lepas tu cakap je lah. Kan ramai orang bole baca lip sync. Sambil mata menyorot pandangan Haziq.. bertembung penglihatan kami.. Dap.. seakan akan disentap degup yang mengiringi pandangan ini. Kaget seketika, ketat terasa dada. Lantas serta merta aku menurunkan pandangan mata ini… eiiii aku korek juga la bijik mata mamat poyo ni.. dijeling orang macam nak terkam. “What?? Jalan lah.. U tunggu apa lagi? ”

Di saat ini, nak aja aku menyumpah.. tapi, oleh kerana aku ni perempuan dan aku adalah anak Haji Kahar yang dibesarkan dengan penuh tatasusila. Ini ayat abah ye.. bukan aku nak puji diri sendiri.. so aku hanya boleh menyumpah di dalam hati sahaja.. mmm, apa lah nasib bertemu dengan mamat sombong poyo tak malu terhegeh hegeh ni. Betul betul menyusahkan aku.. Erkkk.. itu je ke sumpahan aku? macam ayat bengang biasa biasa je..

Mel sudah beralih dan berpimpin tangan dengan aku pula.. “Lucky aunty ada Mel harini.. kalau tak aunty rasa aunty tak boleh nak duduk sini lama lama tau Mel. Ada gangguan, tak selesa. ” saja aku menekan perkataan gangguan dengan harapan Haziq mendengar ayat aku itu. Tapi dia bukan ada hati jantung nak kisah hal orang. Ni suka suka dia suruh aku ikut dia. Macamlah aku ni tak payah balik sambung kerja aku kat rumah? Kalau bos aku marah macamana? Monteng kerja ni tau tak?? Heiiii marah benar hati aku ni.. merah padam muka aku.. dah lah panas cuaca ni..

Sekarang giliran aku pula mendukung Mel kerana berapa laju sangat lah kaki Mel nak mengejar papa dia ni.. laju betul jalan. Macam lah kereta dia tu tak boleh tunggu. Firm dia tak boleh tunggu. Kata bos besar. Aku hanya membontot sahaja dari belakang. Malas nak tersua sua muka aku ni depan Haziq. Naik hantu dia nanti.. tak pun aku yang berbulu. Lebih baik aku jauh jauh. “Isk U ni, cepat lah. I banyak kerja lagi nak buat. Nak kena hantar Mel lagi. ” bersuara juga dia.  “Hantar mel ke mana?” aku bertanya sekadar untuk menunjuk hormat. Memanglah dia aku tak suka. Tapi dia pernah menjadi seseorang di level bos besar aku. Berbahasa lah kata orang kan? Tapi jawapan Haziq sangat menyakitkan hati seperti kebiasaannya. “None of your business.” Arghhhhhhhhhh jerit hati. Menyesalnya aku bertanya..

“Nanti Mel nak ke rumah nenek.. papa tak boleh teman kan Mel selalu. Papa sibuk. ” Nasib baik ada Mel comel menguraikan kekusutan aku ni.  “Oooo, rumah nenek mel kat mana? Mesti bestkan dengan nenek ” hidung mel kucuit lembut.  “Memang best, rumah nenek Meri kat sini sini je. Nenek suka bercerita. Dia selalu bacakan Mel buku macam Mummy sebelum Mel tidur.”  Mummy lagi. Mana mummy Mel? Tapi tersekat di kerongkong untuk bertanya lebih lebih. Tak sopan pun soalan tu untuk aku bertanya. “Umur Mel berapa, sayang?” lembut hati pula aku dengan Mel ni. Kenapa bila berhadapan dengan keindahan kita mudah terpana?

“Mel 8 tahun. Darjah 2, Harini Mel cuti. Papa selalu bawa Mel jumpa Aunty Siti. Dia baik. ” terang Mel lagi. Habis lah rahsia si Haziq ni keluar sat lagi. Macam macam si Mel ni cerita. Dah bercerai ke apa mamat ni? Ada makwe baru pula.. Hebat gila. Sebal terasa di dada. Aku pula yang sibuk nak terasa dia nak ada makwe baru ni kenapa? Berapi berasap.

Tanpa disedari masa berlalu. Akhirnya sampai jua ke kereta Haziq Haiqal. Dibukanya pintu kereta bahagian belakang. Diangkatkan tangannya seakan akan untuk mengambil Mel dari pangkuan aku. Menarik nafas dalam dalam, sambil menyerahkan Mel, aku berhati hati memastikan kami tidak bersentuhan. Huluran bersambut. Mel sudah Haziq Haiqal letakkan di dalam di dalam M5 nya. Wow.. this is new.. tak tahu pula aku dia ni concern. Memang dari gerak gayanya dia sayangkan Mel. Tapi kena sanggup menduakan Mummy Mel? Eiii mamat poyo ni.. dan angin aku datang lagi. Tersilap jeling pula aku kat dia. “U jeling jeling I ni kenapa? Apa lagi, tutup lah pintu tu. Tak ingin I jadi driver U. Duduk sana.” Sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah seat depan. Aku diam sahaja. Berundur dan baru aku nak menutup pintu kereta tersebut. Mel sudah merengek.. “Papa, bagilah aunty duduk belakang sama dengan Mel. Dengan aunty Safi seronok.” Sudah, bulat sudah mata si Haziq Haiqal ni.. mungkin tak mahu melukakan hati pengarang jantung kecil kesayangan nye itu. Dia menganguk sahaja dan memandang tepat ke arah wajah aku. Kali ni, lebih lama dari sebelumnya. Menerusi pembacaan dan pengamatan aku, bahasa badan  dia kali ini lebih kepada tidak puashati dan tak selasa lah kalau nak main lawan lawan mata pula. Dah puas pakai gamaknya mata tu. Korek karang baru tahu. Tau lah tak puashati aku kena duduk belakang. Hahahahah ketawa aku dalam hati.

Pemanduan bermula. Mel sudah tidak senang duduk dengan ikatan seat belt nya. Pada papa nya diutarakan kemahuannya. “Papa Ziq, can I sit with aunty Safi? Please papa.” Haziq Haiqal melepaskan keluhan. “Kan bahaya..  ” “Ala paaa, aunty Safi ada. ” pintas Mel sebelum sempat Haziq Haiqal mengemukan hujahnya. “Yelah yelah, but be careful..”  Aku secara sepontan melonggarkan seat belt tersebut dan mengangkat Mel ke riba. Mel memandang aku dan berbisik. “Macamana papa boleh kenal aunty? Tadi Mel tanya nama aunty, tapi papa yang jawabkan.” Susah aku hendak jawab soalan yang satu ini.. “Owh, dulu papa Mel pernah jadi bos aunty. Sebab tu dia kenal aunty. ” Kelentong lah sikit. Nanti banyak tanya pula Mel. “OOwww…” Eh, itu aja jawapan Mel, kalau tadi mahu panjang soalnya.. Patutlah, aku melihat Mel menguap. Mel, kamu jangan tidur Mel. Nanti papa kamu ni sembur aunty sayang. Please. Hati ini berkata. Tapi.. tak sampai hati aku nak menyuruh budak sekecil Mel menahan mata.

Dari tadi lagi suasana dalam kereta itu sunyi. Aku hanya memandang keluar dan ke dalam. Kejap pandang muka Mel. Mengelus rambut dan pipi Mel. Sekejap ke pemandangan kiri kanan di tepi jalan. Pembangunan ada di mana mana sahaja di Selangor. Terutama di kawasan bandar bandar utama. Kami sedang melalui kawasan Petaling Jaya. Taman Jaya lebih tepat. “Mel dah tidur?” tegur si Haziq Haiqal dengan suara garaunya. Namun sudah cukup untuk mendebarkan rasa. What? Rasa? “Am I feeling something? “ hati.. jangan kamu berdebar bebas begini. Rayu ku pada hati sendiri. Rasa ini kerana takut atau tidak suka? Menyampah kerana dipaksa rela? Aku mengikut tadi kerana Mel. Mel sekarang sudah tidur. Makanya pertahanan aku untuk berlagak biasa sudah tidak ada. Huh.. dengus ku lemah.

Kereta Haziq membelok ke kiri dan kami sampai ke sebuah banglo berwarna putih dan diserikan dengan warna kelabu pekat pada setiap belibis tepi. Sangat cantik. Semua suasana hari ini sudah betul. Cukup indah. Kesihatan sudah baik. Berjumpa dengan Mel.. yang nama penuh nya aku belum ketahui. Entah dapat berjumpa lagi atau tidak. Berpeluang memasuki ruang kediaman yang cantik. Tapi di situ ada mamat poyo? Owh tidak.. Dia sekarang betul betul sudah berada di depan aku sekarang. Sambil menundukkan badan dan tangan nya dihulur meminta sesuatu. “Apa? ” aku bertanya selamba. Namun di hati Allah saja yang tahu bagai nak tergugur di saat melihat Haziq Haiqal terpempan di depan mata. Bila masa kereta dihentikan pun aku tidak sedar. “U ni memang tak pernah berubah ye, asyik mengelamun je. Dari mula I kenal U, sampai sekarang ni dah almost a year we haven’t met. U still macam ni. Mengelamun. Bagi Mel tu kat I. I nak hantar kat my mum. ” Tangan ini serentak menghulurkan Mel dipangkuan ke arah Haziq Haiqal. Alamak, kenapa tiba tiba rasa berat pula Mel ni. Tangan aku dah kebas bersemut rupanya memangku Mel dari tadi.. Argh cepatlah ambil Mel ni mamat sengal oiii.. Harus terlepas Mel dari tangan aku kalau tidak cepat papa nya mengambil Mel. Senget sudah huluran tanganku tadi. Debaran beransur hilang bila kelibat Mel dan papanya masuk ke dalam rumah. Menunggu lah aku di tepi kereta sambil mata melilau mengamati keindahan laman kediaman ini. Besar gila rumahnya. Berapa bilik lah agaknya. Kalau luar macam ni.. kat dalam macamana? Gumam di hati.

Hairan dengan diri sendiri macamana aku boleh ke sini. Dengan Haziq Haiqal pula tu. Mamat terpoyo selepas Akmal. “Bertuah budak sorang ni.. dibiarkan tetamu duduk sorang sorang kat luar ni. Meh masuk.” Pasal lah harini asyik jumpa orang yang cantik lawa lawa saja ni…semuanya macam dalam TV aja. Gumam aku sendirian. Dengan selamba wanita yang aku agak berumur 50-an ini menepuk bahuku dan menarik aku ke dalam. Vouge the vass lagi tau. Kalah dressing aku ni. “Kawan Haziq ye? ” tanya wanita tadi. Simpang malaikat 44 aku nak jadi kawan dia.. melembutkan muka dan bahasa. “Tak, saya ni pernah praktikal kat firm consultant yang pernah En Haziq berurusan. Tiba tiba terjumpa kat hospital tadi. Mel pula sibuk nak suruh saya mengikut. Sorry kalau susah susahkan semua. Saya tak bermaksud macam tu. ” aku sudah berbasa basi. Nak ku gelarkan wanita ini aunty @ makcik. Gayanya anggun macam tak kena. Ke nak kena panggil datin. “Mel ajak?  eh sapa nama ye?” wanita anggun ini berubah wajah agak keliru dengan pernyataan aku tadi.  “Saya Safiah Wardah… ”

Saturday, June 9, 2012

SATU PELUANG - 1


“Malam….  saat bintang tak kunjung datang. “

11.45 p.m. Aku mendongak ke langit malam selepas termenung mengenang kampung halaman.  Rindukan abah, rindukan ibu. Rindukan dani. Rindukan Tipah,.. erkkkk tipah??? Terdengar bunyi kaset rosak di dalam kepala tiba22.. apa pulak la aku teringatkan tipah. Kucing pon aku nak rindu? Haiiii lama benar la maknanya kali ni aku merajuk dan boikot balik kampong.
Bukan ibu tak pernah memujuk. Bukan dani tak pernah merayu. Mmmm.. tipah je la yg tak penah cakap apa2. Paling2 pon dia memandang kosong je muka aku ni. Takpe la ibu. Safiyya Wardah tau. Ibu tak pernah marahkan wardah.. hanya ayah sahaja yg seakan akan tak mau mengerti hati dan perasaan wardah. Tapi masih wardah tak faham kenapa bu… maafkan wardah. Meruntun rasa hati menyorot memori perbahalan antara aku dan abah.


“kamu ni kenapa wardah? Dah tak siuman? Kenapa kamu buat ibu dan abah macam ni? Haji Daus tu ikhlas nk tolong kita. Nak tolong wardah.  Malu kami kamu begini wardah” marah abah kali ini tak memungkin aku bersuara lagi. “tapi bah, wardah dah bagitau ibu dan abah. Wardah tak bole paksa hati wardah menerima megat. Dia bukan orang yang wardah suka. Apatah lagi cinta. ” aku memang mencari nahas kerana cuba menyangkal dan berakal dengan abah dalam kepayahan. Kenapalah masalah macam ni sering datang melekat pada aku. Bukan kali pertama aku menolak lamaran rakan rakan rapat ayah sejak aku habis belajar. Tahun ni sahaja dah masuk 3 pinangan aku tolak. Atas alas an yang aku sendiri tak tahu mengapa.

“ayah akan bagi kamu satu je lagi peluang wardah, kamu tu bekerja kat kl sana. Kami ni tak dapat nak jenguk dan jaga kamu. Sekurang kurangnye jika kamu bersuami, abah dengan ibu rasa selesa dari kejauhan ni. Kenapa lah kamu ni degil bebenar? ” erk, salah tu yah, aku bukan keje kat kl. Aku duk shah alam. Bandaraya mega yang  makin byk kereta. Makin ramai manusia.dulu shah alam elit n tersendiri. Sekarang ni aku tak Nampak sangat apa beza nya shah alam dan bandaraya yang lain. hehehehhe.. dalam hati je la pon aku berani bersuara.. waktu abah marah, baik aku jgn berani2 nak menyampuk. Tak naik pasu bunga kat muka aku ni da cukup baik.. abah bukan kejam. Tp abah sangat sukar melepas kan aku seorang diri berjauhan dari keluarga. Dulu sewaktu dani sama belajar dengan aku. Takde lah abah meroyan macam ni. Kata abah, lagi senang jaga lembu dari jaga aku sorang. Haish.. ada ke lembu. Mmg la lembu senang nak jaga. Dia bukan pakai baju, makan kek. Bole pegi skolah semua..
Tapi permintaan abah yang satu ni aku tak berdaya lagi nak kotakan.. mana aku nak bersuami dalam masa terdekat semata mata sebab aku berjauhan dari keluarga. Huarggghhh.. hari hari aku memikirkan hal ni. Bole semak kepala aku macam ni. 

Apa yang aku tahu.. bila Haji kahar a.k.a  abah aku yang garang ni sudah set dalam kepala dia apa dan kenapa aku kena kahwin, bermakna aku memang kena kahwin. 1 lagi peluang? Haiiii manalah aku nak cari peluang? 1 pulak tu. Tergaru2 lagi kepala aku.. nak kata rambut penuh kutu tu memang tak ada lah. Tapi gamaknye bole botak la rambut aku lepas ni sb terlebih garu kat satu side je pulak tu. Kalau la peluang tu senang nak datang mcm bila aku petik jari je 10 yang datang macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. senang idup aku. Korang beratur je elok elok. Nanti aku tunggu pilih je. Tapi, macam tu ke nak pilih peluang tu? Aduh.. buntu aku. Ibu aku, Hajah Zainab aku berani cop seal semua la, takkan cakap apa apa pasal ni. Sebab abah dah buat keputusan. Bulat kata abah. Bulat maajun la suara ibu. Walaupun aku gerenti lagi ibu takkan keluarkan suara. Dia ikut aja.. paling paling jawapan ibu nanti “ibu dah cakap. Ibu tak mahu masuk campur. Kamu tu dari dulu kalau cakap je pasal kahwin. Memang kamu nak ngelat. Kali ni kamu jawab la sendiri dengan abah. Ibu suka kamu kahwin. Takde lah ibu risau pasal kamu.” Panjang sungguh dialog rekaan aku yang akan ibu akan kuarkan dari mulutnya. Menangis tak berlagu aku macam ni..

Dani adik aku yang bongsu boleh sengih je lah. Memang menyokong aku ni berteman. Sebab dia da serik menjaga aku sepanjang umur nye sehingga di kala ini. Sejak dari kecil dani abah pertanggungjawabkan menjaga aku. sikit sikit dani teman. Sikit2 dani bawa. Sikit sikit dani tolong. “Akak faham dik. Kamu penat tapi please la tolong faham akak untuk kali ni saja. Kamu tolong la akak pujuk abah  jangan panjang panjangkan lagi hal nikah kahwin ni. Da 23 tahun kamu tolong akak.. apa salahnye kamu tambah sikit je lagi masa untuk terus tolong akak. Tolong dani.. pleaseeee… takkan la sebab akak duk kat Bandar akak kena kawin dani oiiii… ikut logic la kamu kot ye pon “.
 “tapi kak, bukan dani tak nak tolong akak kali ni. Dani sayang kakak.  Tapi, dani tengok abang Megat tu macam sesuaiiiiii sangat dengan akak.” Sengaja ditekankan perkataan sesuai tu untuk menambah luka pilu hati aku ni..  “ Lagipun kak…  kalau la akak kawin cpt.. selamat la dani. Hihihihi selamat dari abah ngan mama. Tenang idup dani kak. Dapat la dani focus pada hal dani plak. Ni nak ada makwe pon, lari  tau. Bukan akak tak tau dan tak penah tgk Arisya tu. Da tinggalkan dani sebab merajuk dani asik lebihkan akak. Da la kak.. dani sungguh sungguh kali ni. Dani mintak sangat pengertian dari akak.. bagi la dani can nak jadi mat bunga. hehheheheh” sengih dani macam kerang busuk.

Dan bila mana semua orang aku dah pujuk. Seorang pon takde yang memberikan jawapan positif untuk aku menidakkan permintaan abah. Mengapa la Haji Kahar ni susah susah nk aku kahwin awal. Da macam kapal karam idup aku dua tiga menjak ni. Ngomel dan jeritan kecil di hati. Ada dua solusi aku tengok kat masalah ni. Aku kena kahwin sebab aku duduk kat Bandar. Kalau aku duk umah for sure abah ok. Hehhehehe.. bagus juga balik umah ni. Makan sure tanggung. Hahahahhaha ketawa dalam hati je lah bole. Tau dek abah aku kenapa aku duduk di shah alam ni.. masak la aku kena cincang jadi gulai kawah. Kerja aku ni pon aku tak bagi tau abah lagi.. dulu dulu aku dengan dani dah berpakat nak merahsiakan hal kerjaya aku yang satu ni.. abah memang dah menegah dari awal lagi. Nasib badan… sampai bila aku nak kena rahsia rahsia bagai ni… tolong la huraikan kekusutan ini Ya Allah.. amin. Doa aku setiap masa dan ketika di kala hati rawan atau tak. Sebab aku da banyak kali penuhkan otak abah dan ibu dengan hal yang aku rasa memang takde langsung kebenarannya. Kalau la suatu hari mereka dapat tahu… haiiiiiiiiiiii la tak dapat la aku nak bayangkan lahar marah abah tu.. semoga aku bole bawa bertabah dalam hal ni.

tu solusi pertama la. Tapi sebab aku da sayangkan kerjaya aku ni.. tak mungkin aku nak ulang alik dari simpang 5, sabak bernam ni ke shah alam setiap hari. Eiiii tak larat aih.. walaupun dah ada LATAR. Bole pecut laju. Jalan tak ramai orang. Tapi aku tak berani la nak amik langkah mudah macam tu. Aku bukan reti bawak kereta pon. Hahahhahaha, sakit betul la jiwa aku ni.  Kusut kusut. Jadi aku nak kena kahwin juga lah ni? Tapi dengan siapa?  Kawan lelaki pon tak ada.  Adeh.. sapa la suh pandai pandai tak bercinta waktu belajar dulu. Kata orang, waktu belajar la waktu paling senang kita nak jumpa pasangan hati sebab ramai orang dan banyak nya peluang boleh timbul. Arghhhhhhhhhhhhh aku da banyak sia siakan peluang la ni. Semua pasal aku ni terlalu memilih ke? Tapi.. errrrr bukan ke waktu belajar kita kena belajar je? Jengkel sungguh hati ni. Nak marah diri sendiri tentu tentu lah  tak boleh. Hati aku juga yang salah sebab tak nak berkenan dengan mana mana ‘peluang’ yang datang.
Sudah 3 peluang lah ni yang datang. Mmmmmm.. aku ni kenapa asik tolak pinangan je ni? Ke tak lurus? Erk.. takkan aku sukakan kaum sendiri. Aaaa takde takde. Tak penah aku buat kerja macam tu. Yang aku tahu memanglah ramai kakak kakak dan adik adik masa kat U dulu terbekenan kan aku. tak kira la nak jadikan adik angkat. Kakak angkat. Heeeeee, dalam tak nak jadi sapa sapa tu. Sempat juga la aku terima 2 gelaran. 1 dari adik. 1 dari kakak. Hehehhehehe.. seronok dimanjakan orang. Sebab aku ni bukannya ada kakak atau pun adik perempuan. Si Dani bertuah tu je lah satu satu nya  adik aku. LELAKI pula tu. Apa sangat lah yang aku bole kongsi dengan Dani.. lagipun sejak kecil dia dah jadi macam tulang belakang aku yang lagi satu. Abah memang takkan benarkan aku ke mana mana tanpa Dani.

Pinangan pertama yang aku tolak dari kenalan abah ialah anak Uncle Mazlan merangkap bos lama aku. Kebetulan aku bekerja untuk company uncle mazlan ni selama 6 bulan untuk latihan industry. Boleh pula si Akmal bin Mazlan ni sibuk duk suruh aku ikut dia balik kampung dengan alasan nak bawa aku jumpa nenek kesayangan dia. Tapi aku takde lah ikut.. nak mampus kena cekik dengan abah? Tak sanggup aku. well aku tolak si Akmal ni bukan sebab apa pun, aku tahu uncle mazlan je yang beria nak aku jadi menantu dia.. si Akmal ni pula saja nak mengenakan aku selepas dia terkantoi sedang bercumbu rayu dalam kereta dengan makwe ter ‘hots’ nye di kala itu. Dania Imani. Macam lah aku tak kenal siapa si Dania tu. Kalau dia berjalan dalam gelap terbongkok sabut pun aku boleh kenal insyaallah. Sebab hehehhehehe kat school dulu dia memang glamer gila. Dan aku entah macamana bole anti dengan si dania gedik ni. Siap pernah berapi bergaduh bila dia tuduh aku sengaja tumpahkan air ke baju nya tatkala dia tengah berborak manja dengan kawan baik aku. jeles katanya. Tak padan la… haiiiiiiii miang telinga aku bernanah dengan kata katanya pada hari itu… “hei pompuan, aku tahu lah kau jeles si naim ni sukakan aku. tapi yang kau gatal nak tuang tuang air ni kenapa? Dah hadap sangat nak makan tumit kasut aku ni ke?” kasut tumit tingginya da diangkat ke muka aku. “ko ingat aku takut kasut ko tu macam paku? Hei aku ni tak kuasa lah nak layan orang yang macam kau ni. Perasan tak habis habis. Kalau naim tu gilekan kau sekali pun, pasal plak aku nk jeles. Dia ngan aku ni bukan ada pape. Tak pasal pasal la kau yang sebenarnye jeleskan aku kan? Tuduh tuduh orang plak. ” merah menyala muka si dania. Puas hati aku melihatnya.

“korang jangan .. Nia.. Adda, karang korang berdua kena masuk jumpa dekan baru tahu. Dah la bising bising kat floor ni. Tak malu ke orang da penuh keliling ni? Ko balik sekarang jugak Adda! ” ishhhhhhhhhh si Naim ni… tak pasal pasal karang aku hempuk. Terus aku blah angkat kaki. Heheheh tapi aku sempat jeling dan membulatkan penumbuk aku yang tak berapa nak besar ni ke muka dania.. meruap member tu. Arghhhh asalkan aku puas. Nasib baik si naim ada. Kalau tak aku dah sepak kaki dania tadi. Geram betul. Memang la salah aku sebab tertumpah mmm tertumpah ke aku sengaja? Hihiih arghhh lantak la.. tapi tak payah lah nak sound aku macam tu. Air mineral je pun. Macam la mahal sangat baju nya tu.

Owh sambung balik pasal si Akmal. Dia ni pulak nak kenakan aku sebab dia tahu aku memang gile stress tengaok dia dengan dania tu. Aku ni stress bukan sebab aku jeles la weiii.. “kalau kau bagitau papa pasal ni siap kau budak.. ” warning si Akmal. “Aku dah bagitau kan, u nak sapa. Buat apa. U punye pasal lah. Aku tak mau tahu. Lagipun, kalau setakat si Dania tu la ko risau kan aku kacau.. heiii tak kuasa lah. Kau cakap dengan papa kau tu, aku tak hingin buaya darat macam kau. ” Sempat ditunjalnya kepala aku. “kalau kau bagitahu kat papa pasal ni aku suruh papa pergi pinang kau esok juga. Kalau kau tak percaya kau buat lah. ” “heiii U ni gile ke? U gilekan dania pasal apa pergi pinang aku? ” tak gatal pun kepala ni aku garu juga la tudung ni.. “biar kau kena marah dengan abah kau. Buat malu keluarga kan? Orang da masuk meminang kau tolak.. hahahhahaha…  ”

dah kalau malaaun tu macam tu, takkan lah aku nak terima bodoh bodoh.. kalau dia berani datang esok.. aku bagitau Uncle Mazlan walaupun mulanya aku tak nak ambil tahu. Biar padan muka kau Akmal.

pasal majlis tu.. aku ringkaskan ajalah.. memang ada rombongan meminang datang. Lagipun Uncle Mazlan dengan keluarga Haji Kahar bukannya tak ada hubungan. Berjiran selang 3 rumah je. Sebab tu la aku bole praktikal di pejabat Uncle Mazlan. Si Akmal tu pula memang dari kecil lagi suka cari gaduh dengan aku. jadi, dia tak masuk meminang pun aku bakalan tak berkenan dia tu sejak azali.. lagilah pula di tunjal kepala aku ni. Memang la silap besar kau ni Akmal.

elok diorang masuk je aku da menjenguk ke ruang tamu. Belum sempat uncle Mazlan membuka mulut aku dah buat buat meroyan merayu tak mahu disatukan dengan si Akmal.. siap aku bagitahu lagi pasal si Dania tu konon konon nya aku menolak sebab aku tak nak merosakkan hubungan cinta mereka berdua walaupun aku tahu Abang Akmal sanggup mendengar cakap Uncle dan berkorban cinta nya untuk menjadi anak yang mendengar kata. Drama kena bagus. Skrip kena mantap. Melopong abah. Ibu dan  4 orang lagi wakil dari keluarga Uncle Mazlan. So, tak jadi lah aku dengan si Akmal. Selamat 1 hal. Melepas satu peluang.. waktu ni umur aku 21 tahun.

Itu peluang pertama. Peluang kedua yang aku sia siakan pula dari jejaka bernama Fendi Adrus. Nama abang sorang ni memang sedap dan ringan je aku nak menyebut.. Senang je hati. Lapang je dada. Hihihihihi aihshhhhhhhhh gatai dah mari ke? Aku jumpa abang Fendi ni waktu kenduri Kak Dira jiran belakang rumah aku ni. “Assalamualaikum.. boleh saya duduk tak?” Aku dan ati aku nak duduk ni. Mak Lang suruh suapkan nasi pula pada si ati ni.. makcik sepupu aku lah kan. Baru umur 2 tahun. So masih makan bersuap. Jalan berdukung lagilah. Soalan tadi tak terjawab pula bila aku pandang orang sebelah ni. Direnung nya aku sehingga ke dalam lubuk jiwa. Ecececehhehheiiii gatai nya.. tapi nasib baik ensem. Aduh mahu aku duduk lepas ni tak mau bangun. “erkkk sorry sorry, duduk lah. Free sit tu. Anak? ” aduh. Malunya aku mak lang. jatuh saham anak dara ni. Aku la tuh.. gamaknye kalau aku pergi pulangkan si ati pada mak lang, aku kena debik tak? “tak lah, ni anak Maklang saya. Dia tengah lapar ni. Panas nak duduk tepi sana. Tu yang saya bawa dia ke sini. Ada kipas. ” sambil mendongak dan menunjuk ke atas. “owh.. ” hai pendeknye jawapan. Tapi nasib baik dia sambung balik selepas tu. “duduk mana? Saya fendi. Panggil abang la kot.. ” straight to the point sangat plak aku rasa dia ni. “saya duduk rumah belakang ni je. Bang.. saya tak boleh cakap lama lama. Nanti maklang marah. Saya nak suapkan ati makan dulu ye. Kang kita borak lagi.” Ikutkan hati nak aja aku sambung borak ni. Tapi maklang dah menyinar bijik mata. Kang tertidur plak si ati nanti. Maklang memberi isyarat tangan ati lentok. Kacau daun pulak maklang ni. Ye lahhh aku cepat suap. Cepat bole boleh sambung borak nanti.  Tapi takde jodoh aku nak berlama dengan orang sebelah ni. Dani datang membawa perutusan. Abah da panggil suruh bawa ati balik. Katanya ada kawan lama abah nak diperkenalkan kepada aku. so nak tak nak terpaksalah aku meminta diri pada abang fendi sebelah aku ni yang dari tadi aku tgk manis betul muka nya. Asal kalih muka ke arah aku. dia macam menguntum senyum. Abah ni satu hal lah.. nak jumpa kawan lama pun apa kena mengena dengan wardah. Aduh abah. Kacau kacau. “saya nak kena gerak dulu ye. Abah da panggil. ” aku mempermisikan diri. “eh jap, nama u apa? ” berani dia juga dia bertanyakan nama aku? nasib baik la aku pun suka hhihihi. Dari tadi lagi aku menunggu dia bertanya. Ingatkan tak sudi. Lagipun aku dapat merasakan ada satu rasa senang di hati stiap kali bertatapan dengan abang sebelah ni. “aaaaa wardah” aduh.. time ni la pulak penyakit gagap aku nak datang. Baik aku cabut cepat sebelum abang ni bertanya banyak banyak. Karang lagi gagap aku jadi nya. Oh ye.. dulu aku memang gagap. Masuk tingkatan dua barulah kegagapan ni dapat aku kawal dan akhirnya semakin hilang. Tapi ada masa masanya dia datang.. haaaa time time mcam ni lah.. teruja la katakan u olz.. kekekekkekeke

Masuk ke rumah. Aku lihat ada sepasang suami isteri sebaya dengan abah agaknya. Sambil mengendong ati. Aku menyapa makcik dengan lafaz salam dan juga huluran tangan. Tersenyum abah melihat aku begitu. Takut sangat dia kalau aku lupa adat melayu kita tu. Jangan risau abah.. setakat salam ni boleh lagi. Jangan abah suruh wardah borak sudah. Wardah tak reti.. aku baru nak melangkah kaki memangku ati yang sudah terlelap di bahuku. Terdengar telefon pakcik ni pula berderingan.  Ehhh ehhh macam pernah kulihat wajah pakcik ni.. tapi di mana ya? Kata ku dalam hati seperti skrip si yassin dalam cerita senario. Arghhh lantak lah. Baik aku letak ati ke dalam bilik. Nanti meragam pula dia kerana tak suka dipegang lama lama waktu tidur. Mahu lepas bebas jenisnya. Bersentuhan dengan bantal pon ati boleh menangis. Aiii pelik la budak bertuah ni. Kalau aku mau penuh katil aku ni dengan bantal.. “wardah masuk dulu ye makcik, pakcik. Bah, ibu. ” sambil menyusun langkah aku berhati hati ke dalam. Bukan boleh percaya kaki aku ni. Silap silap boleh gagal berfungsi kalau salah gaya nervous aku ni.. Alhamdulillah, da takde orang. Masuk bilik sendiri dan meletakkan ati di atas katil queen bilikku. Kipas ku buka pada kelajuan paling perlahan. Aircond mestilah kena on. Tengahari buta ni panas weih…. Mana pulak remote aircond aku ni.. masa ni la nak hilang. Bangun si ati ni kang. Takde kerja buat aku nanti. Jumpa juga selepas berminit minit mencari. Bawah bantal hehehehhee…

Usai menunaikan solat zohor aku bermalas malas di katil. Tepi katil sebetulnya sebab takut tersentuh si ati ni. Baru nak terlelap ibu da memanggil. “Adda, keluar jap. ” aduh mamai da aku ni.. eiii kacau kacau. Orang baru nak lelap ni ibu… suhu macam ni layan tidur dalam selimut amatlah best. “ye bu, kejap. ” basuh muka ala kadar. Pakai je tudung denim Syria arab ni. Tak kira la masuk ke tidak dengan baju aku tadi..  terkocoh kocoh aku keluar.. aii bole pulak ibu jari kaki aku ni tersandung lantai akibat malas nak menyelak langsir pemisah ruang tamu dan tangga ni. Apa lagi sikit lagi nak tersembam. Tapi apasal tak terjatuh pon aku ni.. melayang lagi rasa nya adalah. Eh ada rasa lain macam sikit.. seseorang sudah menangkap kedua belah bahu aku. pakai kemeja.. dani la kot.. selamat ko ada dani. Kalau tak da malu kakak kau ni. Malu gile la dani. Aku baru nak sengih kat dani.. tapi alih alih muka mamat lain yang menyeringai. Alamakkkkk abang fendi adrus. Aduhhhh ni mati idup balik pon aku tak sanggup ni.. huwaaaaaaaaa mana nk pegi sorok muka aku ni. Merah seraya muka ni memandang seisi ruang tamu tu gelakkan aku. apa nak buat. Takkan aku nak lari. Nasib baik ibu terus memberikan isyarat suruh duduk sebelah dia. Kalau tak mau aku tawaf meja depan ni sebab da mati akal. Your  brain function has been shut down due to technical error. Hahahahah gila kan gelabah aku bole ke tahap tu.
“Ni abah nak kenalkan kawan lama abah waktu kerja dulu kat KL tu. Pakcik Rahman. Ni isteri dia Nila.” Sri nila utama? Ke nila je? Pendek nya nama.. aku mengangguk saja tanda mendengar. Nak memandang memang aku dah tak berani nak mengangkat muka. Jangan kata aku control ayu ye.. aku malu pasal tadi tak abis lagi. Mana la aku suka duduk dengan bukan geng. Eiiihh tak reti aku nak bawa diri. “yang kamu ni kenapa wardah? Duduklah tegak2 sikit. Angkat muka tu. Bukan ada orang nak makan kamu tu” da meninggi sikit suara ayah. “macam ni la anak dara aku sorang ni man. Nak kata budak lagi,  tengah ambil degree. Malu tak bertempat. Gelabah tak tentu pasal.”  Aduh abah ni kot ye pon nak tegur aku.. jangan la depan depan macam ni. Ni yang malas ni.. aku masuk je lah.. baru aku nak angkat punggung dari sofa ibu dah memegang pergelangan tangan. Mmmm jadi batu lah aku kat sini. Tapi pelik kenapa pulak aku je yang tersangkut kat sini. Dani nya mana. Kalau da nak kenalkan ahli keluarga ni mana bole kenalkan pada aku sorang.. aaaaaaaaaa jangan jangan abah nak buat hal macam aritu.. ishkk jangan abah.

ibu sibuk melayan makcik nila bercakap. Ayah sibuk dengan pakcik rahman. Sebetulnya datuk rahman ye. Sebab baru tahun lepas dia dianugerahkan pangkat tu. Datuk rahman. Datin nila.. aiii cantiknye la nama makcik ni.. tapi kalau silap sebut memang haru biru.. ekekekek.. ye lah.. nila kan orang buat rendam baju. Bagi jadi kaler biru.. hahahah sengih kerang busuk aku  sendirian.

aisehhhh terlupa pula pada abang sebelah ni. Mmmm, aku walaupun tak angkat muka.. ada juga la aku up sikit degree penglihatan ni. Jeling jeling. Aku perasan abang fendi ni asik memerhatikan aku sahaja.. ni yang buat aku malu ni. Terasa darah menyerbu ke muka. Gawat gawat.  Baik aku main telefon je lah. Kerana kerusi ni ibu susun sederet antara kerusi yang aku duduk sekarang dengan kerusi abang fendi. Makanya dengan berani nya dia merampas telefon yang aku pegang ni dan menaip naip sesuatu. Aku buat muka - apa apa? Apa ni  main main tarik enpon orang plak.. tapi dalam hati je lah. Kang tak pasal pasal abah bising aku borak dengan lelaki. Hai jangan buat main.. sejurus  selepas tu, telefon abang fendi berbunyi. Seraya itulah dipulangkan telefon aku. isk pelik.. aahhh malas lah nk pikir. Sambung lagi main angry bird. Hehehhehe..

Ada juga la aku berbual dengan makcik dan pakcik. Tu pon sebab dorang yang menanyakan soalan pada aku. kalau nak harap aku.. sampai tumbuh kayu la gigi aku ni.. berpokok pon aku belum tentu tau apa yang nk dituturkan. Tapi yang kau pelik kenapa abang fendi ada sekali ye? Dia siapa? Tapi bila melihat muka datuk rahman dan abang fendi yang seiras. Aku tak Tanya pun dah bole buat kesimpulan ye dak? Anak ngan bapak la tuh. Hihihihi. Jodoh nk terjumpa. Ingatkan tadi da tak bole nak tengok dah muka abang fendi macho ni. Hihihihih suka suka.. memang aku suka fizikal nya. Ye lah sekali tengok. Sekali jumpa. Bukan dah boleh kenal baik ke jahat. Tinggi? cek. Rambut? ok. Muka? bole lah. Kulit? pon ok.. tak hitam. Tak putih. Sedang sedang saja kan. Aku tak suka orang putih putih ni. Rasa macam aiiii bole ke jaga aku ni.. kurang relevan pon kan? Kulit dengan security? Tapi aku macam tu lah.. kalau org berkulit cerah ni aku rasa macam kurang dpt nak rasa secure. Sebab tak berapa nak maskulin je kalau kulit cerah ni. Lagi la kalau muka bersih, suci. Xde parut.. hihihihi agak agak ada orang terasa tak kalau dorang tau aku selalu mengutuk lelaki macam aoran aziz. Fahrin ahmad. Dan sapa sapa je lah yang agak agak muka pernah keluar iklan sabun muka lelaki ni.. ewwwww tak kuasa. Hahahhahah tak relevan kan? Hahahhahah. Tau dek peminat dorang ni habis aku kena penyek gamak. Naya saja saja.
Well, kisah aku dan abang fendi sebenarnya panjang Cuma mungkin. Bukan jodoh kata orang. Peluang kedua ni pun ranap sebab abang fendi adrus ni rupanya ada makwe. Ex girlfried. Dia sayang sangat. Memang dah lama terpisah kerana ex nya keluar Negara untuk sambung belajar. Tapi selepas beberapa tahun, terjumpa kembali. So, siapa lah aku ni. Kenangan pun tak ada. Seadanya lah aku undur diri. Sebelum itu, memang abang fendi ada menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan aku seseorang dalam hidupnya. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rasa baik aja aku undur diri. Banyak kisah di luar sana yang menyajikan pengalaman pengalaman berkaitan dengan ‘berpisah dan berjumpa’ kawan kawan lama ni. Gelojak di jiwa walaupun kita ni macam tunas baru. Enak dimakan. Tapi tak terasa kat tekak. Begitulah antara cinta lama dan baru. Kalau masih ada terdetik di hati untuk yang lama. Aku tak berani mengambil risiko. Nanti aku juga yang gigit jari kalau jadi apa apa. Abang  fendi pun dah mengaku. Dia masih sukakan ex girl nya tu. Jadi baik aku lupakan saja dia. Tapi tersentuh hati ni kerana aku rasa dia antara insan yang mampu buat di sini.. dalam dada ini berdebar debar. Adalah bermalam malam aku menyepikan diri daripada abah dan ibu kerana tak sanggup nak menampakkan aku ni sedang bersedih kerana patah hati. Walaupun baru 2 - 3 % perasaan ini wujud. Perkenalan singkat 3 bulan kata orang. Akukan masih belajar. Banyak manalah ruang untuk bersama dengan orang yang kita suka. Lagipun, proxy abah ada dekat dengan aku. ekekekek si dani bertuah ni. Takkan dibaginya aku keluar sewenang wenangnya dengan mana mana lelaki. Derhaka kat abah katanya. Betullah tu kata dani.

Peluang ke dua ni juga, pernah abah utarakan untuk aku. tetapi aku menolak dengan baik dengan alasan abang fendi terlalu matang untuk aku. aku baru menginjak 23 tahun pada waktu itu. Manakala dia pula sudah 32 tahun. Di ruang berbeza barangkali. “abah senang tengok fendi anak uncle rahman tu. Dah 2 3 kali dia ke rumah kita ni. Macam suka je dia dengan wardah. ” abah cuba memancing aku. “ye ke? Abah salah ni kot. Entah entah dia suka dengan ibu sebenarnya.”  Aku terkekek kekek kecil. “isk kamu ni ke situ pula. Ibu kamu tu dah season. Sapa nak kat dia lagi. Pandai pandai saja kamu ni wardah. ” abah menempelak. “abah, cuba abah ikut ibu ke pasar. Nanti tahu lah abah, ibu tu season ke tidak.. ” kali ni gelak besar pula aku. ibu di sebelah sudah menyeringai melihat abah yang terkulat kulat tidak puashati. “yang awak layan sangat dengan adda ni kenapa. Dia ni bukan bole dibuat berkira. Orang cakap hal dia. Pandai dia pusing hal kita. Haaaaa abah Tanya tu. Kamu dengan fendi tu macamana? Ok ke tak?” direct pula ibu kali ni. “apa pulak orang.. isk wardah bukan tak nak abang fendi tu ibu.. tapi dia tu macam tua sangat ke tuk adda. Adda anggap dia macam abang je. Tak pon kawan baik. Lagipun, adda tak habis belajar lagi. Susah nak bu nak pikir pikir hal lain waktu waktu macam ni. Tak sesuailah.” “alah, bukannya abah suruh kamu tu kawin pun. Abah baru Tanya.. kamu suka dia tak? Itu aja. Kalau kamu suka, abah pun mudah nak menjawab dengan uncle rahman kamu tu. Baik anak nya itu. Baik anak nya ini. Takkan seorang ayah nak memuji anak dia depan orang lain kalau takde pasal pasal. ” cepat pula abah memotong cakap aku tadi.

Mungkin abah lambat sikit bertanya hal ini. Waktu ini luka hati aku sudah sembuh.. sebab aku baru ceraikan hati aku ni sikit.. dia dah tumbuh balik yang baru.. hati fresh. Ekekekeke.. so aku tak amik port sangat dengan apa yang abah cakap. “abah, macam ni lah.. kalau ada lagi uncle rahman bagi hint @ abang fendi sendiri yang turun bagi hint kat abah. Baru kita bincang balik ye.  Wardah nak naik kemas beg. Kejap lagi dani da nak anta wardah balik shah alam.” Terkelip kelip abah menunggu jawapan dari ku. Dan aku rasa itu la jawapan yang paling selamat aku dapat bagi kat abah. Lagipun, memang aku dan abang fendi sudah berbincang elok pon akan hal yang satu ini. Jadi tak susah untuk aku menolak suara abah kali ini.
Aku masuk ke bilik dengan perasaan yang berbaur. Semoga aku tenang selepas ini. Tutup sudah buku tentang peluang ke dua.

dan sekarang, hal megat si gagak putih ni pula aku nak kena pikir. Megat ni memang handsome. Sangat sangat handsome. Masalahnya satu je. Kulit dia tu putih sangat. Aku ni tak suka lelaki yang metrosexual. Kalau nak keluar dating.. bukan dia yang menuggu aku. tapi aku yang bakal menunggu dia. Ni Sangkaan aku je tau. Sebab aku tak pernah lagi keluar dengan di megat ni. Megat Danial bin Megat Osman.  Berasal dari johor. Merangkap juga anak angkat abah. Dulu abang megat pernah tinggal di rumah kami dalam program pertukaran pelajar di universiti nya. Sayang benar abah pada abang megat ni kerana dia sorang yang ringan tulang dan anak yang taat. Kamceng pulak tu dengan dani. Aku? entah mengapa walaupun abang megat ni seratus kali lagi baik dari Si akmal tak sedar diri tu. Hati ni tak dapat nak meng’upgrade’ dia ke status yang lebih tinggi dari seorang sabahat dan juga orang yang lebih tua. Serasa seperti melayan seorang abang sahaja gayanya. Manja, rajuk dan tawa aku dengan abang megat, sekadar itu lah. Senang dan terbiasa. Tiada debar. Tiada rush bak kata omputih.

“Apa lagi yang kamu tunggu wardah. Abah tengok kamu dengan megat tu ok je. Bole bergurau. Bole ketawa, bole menangis. Nak tunggu juga rasa entah apa apa datang? Macam tu? Cinta tu bukan datang sehari wardah. Tengok ibu dan abah. Sampai sekarang masih belajar lagi. Kalau dalam hal rumah tangga ni seumur hayat pun kamu belum tentu habis menelaah. Sebab yang duduk depan kamu nanti yang jadi suami kamu tu manusia. Kamu pun manusia. Harini perangai kamu lain. Rasanya begini. Esok kamu gayanya lain.. rasanya begitu. Takkan pernah sama. ” untuk megat, abah menambah hujah. “dia pun kamu dah kenal. Abah dah kenal. Mak bapak nya pun dah banyak kali bercuti ke rumah kita. Nak kata keluarganya tak sukakan kamu… si dira yang paling kecil dalam keluarga tu pun kamu pandai ambil hati. Isk, abah tak fahamlah orang sekarang.” Berteleku aku dagu ke lutut di depan abah. Terkebil kebil mendengar haji Kahar menasihatkan aku. tapi di sini bah… tak rasa apa apa. Getus kata hati. Menepuk nepuk dada seperti di tusuk kelakuanku.  Kalaulah aku turutkan kata abah 3 bulan lepas. Mungkin hari ini aku dah ada rasa bahagia di sisi abang megat. Cuma masalahnya aku kerja di shah alam. Abang megat? Menetapnya di Johor. Jauh dari sini. Tak sanggup aku membuang kerjaya aku ni. Walaupun kecil usahanya tapi aku berpuashati dengan hasil yang aku boleh capai. Mungkin hari ini aku boleh balik ke kampung halaman bersama nenek dan atuk tanpa ralat. Tanpa bersusah pening macam sekarang.

Kalau abah sanggup bersusah payah untuk megat. Bertahan  untuk megat. Aku sanggup bertahan untuk apa yang aku buat sekarang. Aku sanggup merajuk berduka kerana apa yang ku buat sekarang. Bukan hendak menjadi anak derhaka. Abah masih berhubung. Ibu pun sama. Cuma susah untuk aku menerima megat sebagai pengisi kekosongan di hati untuk berteman. Sesungguhnya megat tak salah. Jika bersama megat, aku tenang. Perasaan ini walau neutral, tetap ada berasakan sesuatu kerana hati ini belum jadi milik sesiapa. Kiranya kalau pun abah berkeras nanti untuk megat, aku mungkin boleh setulus hati menyayanginya. Aku pun memang jenis tak suka dan tak reti nak bercinta. Mungkin selepas berkahwin aku mampu mencipta satu rasa indah di hati kan? Siapa tahu…

Ya Allah, berikanlah rasa ini.. izinkan hati ini untuk merasai kurniaan rasa cinta itu.  Sejurus itu aku menelefon abah. “Assalamualaikum bah.. berkenaan megat tu. kalau wardah tak dapat cari 1 lagi peluang tu. Wardah setuju dengan keputusan abah. Cuma,  bagi masa untuk wardah cari sendiri apa yang wardah cari. Kalau wardah tak jumpa dalam sebulan dua ni. Wardah serahkan pada abah. ” adakah ini bermakna aku setuju dengan megat? Mengeluh lagi.. abah hanya sekadar mengiyakan dan seterusnya bertanyakan… “sampai bila anak abah ni nak merajuk.. sekurang kurangnya balik la sebentar untuk jenguk ibu.. tipah pun dah rindu. Asik ke bilik kamu saja kerjanya.” “abahhhhhhhhh, jangan bagi dia tidur kat katil wardah.. abis la cadar huwaaaaaaaaaaaa. ” aku berteriak dalam telefon. “anak bertuah, pekak telinga abah ni. Kamu jerit kenapa??”  opsssss terlebey sudah.. “alaaaa orang tak nak kongsi katil dengan tipah..” abah tergelak kecil.. bingung aku dengan abah ni.. sekali ayat maut dia keluar. “abah nak carikan kawan kongsi katil kamu tak mahu.. haaaaaaaa bagus lah tu tipah nak teman. Ikutkan kamu tu.. nak cari sendiri lah apalah. Karang sampai ke tua lah kalau mengharapkan kamu tu.. hhihihihi. ” berani abah bahasakan aku dengan ayat ayat sehalus itu.. “aaa yelah yelah. Kan orang dah bagitau tadi. Kalau tak bole nanti orang  serender lah. Orang pon tak mau jadi andartu..bah” gelak sendiri aku.  “tau pun takut.” Ujar abah kembali.

Lain macam sahaja gaya bahasa abah kali ini. Biasanya abah tegas. Bahasa nya singkat dan padat. Ini kaedah psikologi mana dia apply ni? Tertanya Tanya aku dalam hati. Apa pon juga ayat abah, wardah terima. Asalkan abah bagi wardah peluang untuk cari sendiri rasa yang wardah cari.. rasa? Argh… susah betul perasaan ni. Dah 24  tahun umur aku sekarang ni.. satu apa rasa pun tak pernah ada. Ni dalam tempoh sebulan dua.. mana nak sempat cari rasa yang aku sendiri tak tahu macamana.
Terbayangkan wajah megat bersilih ganti dengan abang fendi dan ikmal.. ada rasa, tapi semuanya hilang begitu sahaja.. terlelap juga aku akhirnya pada jam 3.15 pagi…














Friday, April 6, 2012

6th april 2012

Hari ni mungkin keputusan bersejarah juga dalam hidup sb da final aku kena pindah kawasan lain yg aku sndr tak carik lg.. rentetan dari peristiwa haritu, nampak macam takde kesudahan kata org. tp heeeeee aku malas nk mikir22 sb aku sure aku sedey hahahahah. hai la otak, ko pening2 mikir tu napa. mindah org kata.. tu pindah je la.. pegi carik. kang jumpe la okeh. ye la aku pindah.. maaf pada seme yg mana aku duk serabutkan otak korang mikir pasal kdai aku ni.. bukan aku tak mo pikir sndr. tp kengkadang buntu. dan dalam masa yg sama aku sure aku ada terkata org sana sini.. mmmmmmmm, aku duk mikir juga. bole ke klu aku stop mikir pasal org n tak terlalu being judgmental. sb ye la seme org nk yg bagus222 dalam kareer n idup memasing. aku ni sapa nk tentukan turun naik org lain. so maybe ni satu peluang utk org lain naik.. lg pon bak kata sorang kakak tu, seme org muda sibuk nk carik harta, carik dunia.. dia da tua.. nk duduk diam saja. asal dpt gaji udah. erk.. akak... saya duk sini.. org lain naik besarkan kdai.. kami kena tindas nie kak oii.. tp itula kata dia.. dia tumpang bangga.. so akak tu nye ayat tu aku paham.. 


aku harap, aku bole tutup mulut lepas ni n not to discuss the situation in open air.. bygone kata org. tp bole ke? hihihihihi adeh, aku manusia yg kali ni aku tak mampu nk tutup mulut sndr asik nk bercerita ada merata riti.. hhuhuhuuhuh jahat nye aku. tiap kali org tanye especially ksteme, why suddenly pindah? (org sah alam byk speaking hokkay.. aku je yg tak bpe nk blaja speaking da berkarat ekekekekek)  bisnes tak ok ke? not doing well? ksteme xde? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku pon tercerita la begitu begini.. "bukan.. kami ni nk besarkan kdai. biz ok je alhamdulillah tp tuptap tuptap, tak bole" n so on bla bla bla. heeeeeeeeeee lepas ni aku nk tutup mulut dgn hanya ckp.. well, turning point da smpai we're looking for something better. hahahahahah. bole? tp muka aku mesti cam erkkkk sndr tak caya aku ckp mcm tu. muntah ijo gamaknye lepas ni aku klu ckp centu. 


tp aku cuba la.. sb aku bab mengata org ni tak reti.. satu hari ni aku da rasa sedey n guilty enuf sb asik duk sebut sapa yg dpt tmpt aku sewa ni.. ekekeke.. adeh la hati, ko bawak2 la bersabo okeh. jgn aku mimpi sudah mlm ni.. fobia aku ni klu termengumpat. tp tu la nk jadi baik n bagus, aku kena bertabah la okeh. bab ni aku kalah. sb aku tak redha kot.. nk kena pindah ni konon kat sini da ada ksteme hari22. konon sewa kt sini ok la.. konon sini senang nk berjualan. senang nk parking.. tp aku lupa Allah nk bg sesuatu yg baru tuk aku tempuh.. insyaallah aku perbtulkan balik tuning kpla otak aku ni.. masih dan aku tgh blaja ni menerima kehendak Ilahi.. aku lupa. aku lalai huhuhuhuuh.. so aku tak mo lg cite pnjang22.. bio je aku monolog dalam ati aku sndr. mencari sesuatu yg aku tatau apa nk carik.. doakan la aku mampu lalui ni seme dgn tenang. dan semoga aku akan bertemu org yg terlibat n minta maaf sb aku da termengumpat kome22 seme.. pity myself for being selfish n ignorance. if it isnt meant for us, no matter how hard we fight for it.. winning is never anything 'nearer'..   looking @ everything in wider scope. i will.. Allah is with me. right or wrong. im never in other people's shoe. so  i cant judge others. because i have the limitation in knowing others niat n maksud. i will never know.
indeed now i know how naive i am. how truthfully n easily i am in trusting others.. having faith in others.  buntu aku lepas nk nk caya kan sapa.. huhuhuh da otak aku keliru.. tidak kah sesama muslim kita kena bantu satu sama lain. tidak kah sesama kita, @ pon sesama manusia kita kena buat baik? huwaaaaaaaaaaaaaaaaa, but i will stick 2 1.. Allah ada. klu salah, aku kena hukum kan? so aku takmo tambah byk dosa aku mengata so aku tutup mulut da la lepas nie.